Musim pembelajaran tahun baru bakal bermula. Di dalam fasa-fasa terakhir ini ramai pengusaha yang mencuba pelbagai cara untuk melakukan marketing. Pelbagai kaedah boleh dilakukan ada yangh melakukan kaedah atas talian (online) atau kaedah traditional (offline) . Sudah pasti salah satu cara yang boleh dilakukan pengusaha tadika dan taska adalah membina laman web tadika dan taska. Laman web sesebuah tadika adalah ibarat pintu atau tingkap ke tadika dan taska kita. Ini adalah cara terbaik untuk anda memperkenalkan perkhodmatan anda kepada bakal pelanggan anda.
Pilih domain name yang sesuai
Domain name adalah ibarat alamat ke laman web kita. Contohnya tadikanak2u.com.my atau tadikaanak2u.com atau tadikaanak2u.edu.my. Bagi tadika yang sudah berdaftar dengan JPN, domain name yang paling sesuai adalah yang berakhir dengan edu.my . Ini kerana domain name ini lebih dipercayai dan mudah ditemui oleh pelawat di Google. Jika tidak, bergantung kepada market sekiranya anda memasarkan kepada pengguna Malaysia, boleh pilih laman web berakhir dengan .com.my jika tidak .com sekiranya anda mempunyai bakal pelanggan antarabangsa.
Laman web seperti Exabytes membolehkan anda menyemak harga domain name anda.
Cari hosting yang sesuai
Sekiranya domain name itu ibarat rumah anda, hosting itu adalah rumah anda. Anda memerlukan web hosting untuk menyimpan fail laman web anda. Memandangkan perkara ini agak teknikal, anda digalakkan memilih syarikat hosting yang mempunya support teknikal yang baik. Selain itu saiz hosting juga memainkan peranan yang penting, saiz yang sesuai adalah dalam linkungan 2GB. Dinasihatkan anda memilih hosting yang boleh digunapakai dengan WordPress (akan diterangkan selepas ini). Laman web ini mempunyai perbandingan web hosting di Malaysia. (Trusted Hosting)
Pengurusan Konten (CMS)
Setelah anda memilih domain name dan hosting anda, seterusnya anda boleh memilih pengurusan konten anda. Anak2U menyarankan WordPress, pengurusan konten utama di dunia di mana digunapakai oleh lebih 60% laman web di dunia ini. WordPress mempunyai templat-templat percuma atau berbayar yang anda boleh gunakan dan ubahpakai untuk membina laman web anda.
Selain itu, anda juga boleh mempunyai fungsi blog di dalam laman web anda untuk anda berkongsi berita, artikel, aktviti atau buletin dari tadika atau taska anda. Tidak dilupakan fungsi galeri untuk anda berkongsi gambar-gambar aktiviti atau persekitaran tadika anda.
WordPress juga mempunya konsep plugin yang membolehkan anda memasang fungsi-fungsi tambahan di dalam laman web anda. Contoh borang pertanyaan, borang berbual melalui Whatsapp, galeri gambar beranimasi sehinggalah fungsi E-commere. Canggih kan!
Laman web yang dihasilkan juga boleh dibuka di peranti lain (telefon atau tablet)
Search Engine Optimization (SEO)
Setelah laman web anda siap, anda perlu promosi laman web tadika dan taska anda untuk memastikan ia mudah dijumpai dan dicari oleh ibu-bapa. Ada pelbagai teknik untuk memastikan laman web anda muncul di Google, termasuklah membina artikel dan laman menggunakan keyword yang sesuai, membina rangkaian ke laman web anda, memastikan laman web anda melepasi ujian SEO dan sebagainya. Bagaimana anda boleh menilai keberkesanan SEO anda? Sekiranya laman web anda mudah ditemui di Google menggunakan nama tadika ata nama kawasan anda, ini bermakna laman web anda adalah SEO Friendly.
Sekiranya anda berminat untuk membina laman web tadika dan taska, inilah perkara-perkara yang perlu anda ketahui. Anak2U juga menyediakan perkhidmatan pembinaan laman web tadika dengan harga berpatutan selain membantu anda membina SEO untuk tadika dan taska anda.
Sekiranya anda ingin mempelajari cara membina laman web sendiri, anak syarikat Anak2U, The Moose Academy juga menyedikan kursus pembinaan laman web (Full Stack Web Development Training) dan kursus pembinaan aplikasi mobil (Mobile Application Training with Flutter) yang anda boleh sertai.
Harap artikel ini membantu anda merancang proses online marketing tadika dan taska anda!