fbpx

Memahami Keselamatan Sistem Kehadiran Berasaskan QR

Dengan kemajuan teknologi hari ini, kebanyakan sekolah, tadika, dan taska menggunakan sistem kehadiran berasaskan QR.

Mari kita kaji risiko dan langkah-langkah keselamatan yang terkandung dalam sistem kehadiran berdasarkan QR, terutamanya berkaitan dengan kehadiran kanak-kanak kecil.

sistem kedatangan qr app attendance qr

Memahami Risiko QR Fizikal

Penggunaan QR Fizikal mempunyai beberapa risiko yang guru perlu tahu. Antaranya adalah:

Kanak-kanak mungkin secara tidak sengaja berkongsi kod QR dengan orang asing, yang boleh mendedahkan data yang sensitif, sekiranya kod QR ini disalin.

Perkongsian ini boleh menyebabkan penyalahgunaan dan ancaman penculikan juga boleh berlaku sekiranya tidak wujud SOP check in dan check out yang betul.

Selain itu, kod fizikal boleh hilang boleh hilang dan ditemui individu yang tidak sah, seterusnya meningkatkan risiko keselamatan dan sensitiviti data.

Langkah-langkah Keselamatan

Dengan risiko yang ada, pengusaha taska, tadika dan guru harus memahami risiko tersebut dan mempunyai mitigasi keselamatan yang sesuai. SOP check in dan check out harus dikemasikini untuk memenuhi langkah keselamatan ini, termasuklah:

Pengawasan oleh guru semasa proses daftar masuk dan daftar keluar memastikan penjaga yang sah hadir bersama dan bukannya oleh orang asing.

Kawalan akses yang ketat, memerlukan kata laluan untuk mengakses kod QR atau aplikasi pengimbas.

Menggunakan Kod QR Digital yang selamat yang memenuhi kriteria-kriteria keselamatan tertentu.

Apakah kod QR digital yang selamat

Penggunaan Kod QR digital merupakan salah satu solusi yang boleh mengurangkan risiko kecurian data dan ia harus menepati beberapa kriteria. Fahami ciri-ciri keselamatan Kod QR digital:

Kod QR berasaskan masa: Kod yang hanya boleh digunakan dalam jangka masa tertentu dan berubah selepas itu.

Kod QR rawak: Kod unik yang dihasilkan untuk setiap sesi kehadiran, setiap sesi akan mempunyai kod yang berbeza.

Kod QR yang disulitkan: Tidak dapat dibaca oleh aplikasi kod QR biasa, kerana dienkripsi dengan kunci rahsia.

attendance app qr code kedatangan pelajar qr

Ciri-ciri keselamatan Aplikasi kehadiran anak2u

Anak2U telah mengkaji keperluan keselamatan apabila proses check in dan check out dan menghasilkan aplikasi kehadiran Anak2u dengan mempunyai ciri-ciri berikut:

Kod QR berasaskan masa hanya boleh digunakan melalui aplikasi Anak2U Attendance oleh guru dan penjaga, sah selama 5 minit setiap sesi.

Untuk setiap sesi, kod baru dihasilkan dan kod tidak boleh discreenshot atau dicetak memastikan keselamatan sekiranya ia dijumpai oleh orang lain.

Kod-kod ini disulitkan dan hanya boleh dibaca melalui aplikasi Anak2U Attendance sahaja. Kod yang boleh dibaca oleh aplikasi qr akan mudah digodam oleh penggodam dan mempunyai risiko keselamatan.

Diharapkan artikel ini dapat membantu pengusaha taska dan tadika serta guru-guru menambahbaik SOP sedia ada sewaktu proses kehadiran pagi.

Selain itu ia juga boleh digunakan untuk mengambil keputusan semasa memilih sesebuah aplikasi untuk pengurusan kehadiran.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


× How can I help you?
0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap