Setahun yang lalu Anak2U telah dipilih menjadi salah satu antara 30 syarikat startup untuk menyertai Selangor Accelerator Programme (SITEC SAP 2019) yang dianjurkan oleh SITEC (Selangor Information Technology & E-Commerce Council).
Ia adalah program yang diadakan selama empat bulan, di mana perjumpaan dilakukan setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad) di SITEC, Shah Alam (berhampiran dengan iCity Shah Alam). Antara startup-startup yang terpilih adalah :
- Anak2U Sdn Bhd
- BEWE (Melon Network Tech)
- BlueBee Technologies Sdn Bhd (ERTH)
- Chupspace
- Datashi
- Deemples Golf
- Easy Pay Transfers Sdn Bhd
- EatFun Sdn Bhd
- Engage Blink Sdn Bhd
- Everleaf Eco Solutions Sdn Bhd
- GetRunner
- Global Carpit Sdn Bhd
- Gobuilders Netsoft Sdn Bhd (GOLOG)
- Golazo Football
- Jomparking (Jomparkir Sdn Bhd)
- Kongsi Play
- Kravve
- Life Origin Enterprise
- MeLAB Global Sdn Bhd
- MY Psychology (MY PSYCH PLT)
- MyWeekendPlan
- NEXPlatform Sdn Bhd
- PrimeXcess (Oracle Worldwide Sdn Bhd)
- PadeeTech Sdn Bhd
- Petotum Solutions
- Seeds Job Fair
- Sling App
- WeddingWe
- VITA
- Whoop App Sdn Bhd
Kursus keusahawanan setiap minggu
Program yang diadakan setiap minggu ini membolehkan startup-startup terpilih mengikuti kursus keusahawan yang diadakan khas untuk kami. Antara topik-topik yang diadakan sepanjang program adalah:
- Mencari Product-Market fit
- Marketing menggunakan Facebook Ads
- Branding
- Digital Marketing
- Search Engine Optimization
Selain itu terdapat program “field trip” dan “team building” yang membolehkan kami melawat syarikat-syarikat teknologi di Selangor.
Bantuan dari mentor-mentor berpengalaman
Program yang paling kami hargai adalah “mentoring session” di mana kami dapat bertemu dengan mentor-mentor dan berbincang mengenai apa-apa sahaja masalah atau bantuan yang diperlukan berkaitan startup kami. Kami berpeluang bertemu mentor-mentor yang membantu kami berbincang mengenai perkara-perkara:
Farrah Azlin dari Cradle – Membincangkan tentang dana dari Cradle
Andrew Tan dari TBV Capital – Mengenai Product-Market fit yang sesuai untuk Anak2U
Alan Cheah, CEO Gocar Malaysia – Strategi meluaskan pasaran di seluruh negeri, seperti mana dilakukan oleh GoCar.
Chua Khai Suan, CEO Youbeli – Berkongsi pengalaman beliau yang pernah menghasilkan produk untuk sekolah.
Sam Shafie, Pitchin – Membincangkan cara mendapatkan dana secara crowdfunding dari Pitchin
Silmi dan Manisah, BrandGeeks – Cara untuk “market positioning” Anak2U di kalangan ibu-bapa.
Wallace Ho , CEO Beamstart – Berkongsi mengenai journey Beamstart dan business model aplikasi digital.
Sinan Ismail , CEO Digital Durian – Berkongsi pengalaman beliau untuk membina produk kanak-kanak yang terkenal di serta dunia. Kami juga perpeluang melawat syarikat Durian Digital dan mempelajari organisasi beliau yang menghasilkan animasi Didi & Friends dan Omar & Hana.
Pitching training dan pitching final
Kemahiran untuk ‘pitching’ adalah satu kemahiran yang penting untuk startup. Ini kerana ia merupakan satu seni untuk memperkenalkan syarikat anda kepada orang lain, terutamanya pelabur-pelabur. Itulah yang ditekankan oleh program ini, di mana sepanjang program kami diasah dengan kemahiran pitching melalui ‘pitching clinic’ dan membantu kami menghasilkan pitch deck yang sesuai.
Di akhir program, penganjur telah menganjurkan “Demo Day” di mana kami mengadakan pitching terakhir kami, dan 5 pemenang utama serta top 10 telah dipilih pada hari pertandingan. Dan Alhamdulillah kami telah terpilih sebagai salah satu top 10 untuk program ini.
Barisan Peserta Top 10 Selangor Accelerator Programme
Sebagai pemenang top 10, kami telah berpeluang melawat Jakarta. Di sana, pihak SITEC telah menganjurkan sesi lawatan ke startup-startup Indonesia seperti Gojek, Bukalapak, Do-It dan EZ-table. Kami berpeluang juga melawat Jakarta Smart City, di mana kami menyaksikan sendiri bagaimana pengurusan bandaraya Jakarta menggunakan kepintaran buatan, IOT dan teknologi untuk pengurusan bandaraya Jakarta.
Kami sempat mencuba aplikasi Qlue yang digunakan untuk melaporkan sebarang masalah di bandaraya: Kami melaporkan masalah tilam terbiar dan dalam beberapa minit sahaja pihak bandaraya datang mengutip tilam tersebut.
Bantuan selepas program Selangor Accelerator Programme
Hubungan kami dengan pihak SITEC tidak terhenti setelah program tamat,banyak bantuan yang diberikan oleh SITEC selepas program, antaranya termasuklah:
- Memberi booth untuk acara Selangor Smart Digital City exhibition untuk
- Memberi booth untuk acara Ipoh Startup Festival
- Memberi bantuan kredit untuk rakan-rakan niaga mereka, termasuk Amazon Web Service membolehkan kami menggunakan server mereka
- Jemputan menghadiri program-program SITEC
SITEC telah membuka penyertaan untuk program Selangor Accelerator Program 2020 dan kami ingin mengajak rakan-rakan startup yang sudah pun mempunyai prototaip projek untuk menyertai program ini.
Program ini telah sedikit sebanyak membantu Anak2U mengolah strategi untuk bahagian pemasaran, penjualan dan “product-market fit” diharapkan ia dapat membantu startup anda pula. Jika anda berminat boleh terus daftar di laman web mereka: