fbpx

Apa itu Pembelajaran berasaskan projek (PBL)

Project Based Learning adalah kaedah pembelajaran yang membolehkan murid mengkaji sesuatu topik yang diberi untuk menghasilkan produk pada akhir pembelajaran, menurut definisi Kit PAK21:

“MURID MENGKAJI SECARA MENDALAM TENTANG SESUATU ISU ATAU TOPIK BAGI MENGHASILKAN SESUATU PRODUK”

Mengapa project Based Learning?

Di dalam era pembelajaran “remote learning”  pada era norma baru, Project Based Learning dianggap kaedah yang paling sesuai. Dengan waktu yang terhad (sejam sehari) untuk kelas online, pembelajaran tidak seharusnya bergantung kepada pembelajaran face to face sahaja, sebaliknya majoriti pembelajaran berlaku secara offline . 

Adalah lebih wajar sekiranya menggunakan waktu online bersama pelajar untuk menerangkan konsep-konsep asas, menceritakan permasalahan dan projek yang perlu dibina pelajar ataupun memberi peluang pelajar menceritakan mengenai projek mereka.

Apa yang anda perlu tahu tentang PBL?

LeapEd Services Sdn. Bhd mengeluarkan garis panduan untuk mengadakan pembelajaran berasaskan projek. Berikut adalah ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek (PBL): 

1) Memerlukan kolaboratif dan bimbingan guru

2) Fokus kepada proses pelajar  menghasilkan produk  dan hasil akhir mereka

3) Berorientasikan murid, idea dan penyelesaian datang dari murid. Guru berperanan sebagai pemangkin atau coach.

4)  Murid akan  menentukan hasil akhir/ produk mereka sendiri. Dalam PBL, setiap pelajar tidak semestinya menghasilkan produk yang sama.

5) Produk dibentangkan kepada audiens sebenar. Guru boleh menggunakan medium alaf baru seperti vlog, blog atau youtube untuk 

6) Dibina Berdasarkan pengalaman atau isu dunia sebenar

7) Pembelajaran murid berlaku melalui pengalaman menyiapkan projek.

Contoh-contoh aktiviti untuk project based learning

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah menghasilkan kompilasi project based learning dan aktiviti yang boleh digunakan sewaktu tempoh PKP ini. Salah satu aktiviti prasekolah yang dicadangkan di dalam kompilasi tersebut adalah menghasilkan kraf menggunakan bahan-bahan kitar semula. 

Di dalam aktiviti bukan saja menilai aspek kreativiti pelajar-pelajar, malah komunikasi & bahasa pelajar dengan meminta pelajar mempersembahkan hasil mereka, kognitif & matematik awal (membuat ukuran, mengenal bentuk ..) , atau kemahiran menggunakan alaf baru, contohnya membuat vlog atau video youtube.

Kredit foto dari Jabatan Pendidikan Sabah

Antara salah satu aktiviti yang kerap dilakukan sebagai aktiviti Project Based learning adalah proses memasak “Makanan kegemaran saya.” Di dalam aktiviti ini menggabungkan kemahiran komunikasi, kemahiran matematik (mengira bahan-bahan), membaca dan memahami arahan dan juga kemahiran membeli barang (memahami konsep wang).

Terdapat beberapa contoh di Youtube yang boleh guru-guru rujuk untuk merancang projek PBL “Makanan Kegemaran saya.”

Strategi merancang Project Based Learning

Untuk merancang permasalahan project based learning, guru-guru boleh mengunakan kaedah berikut:

1) Kenalpasti masalah yang perlu diselesaikan :

2) Kenalpasti pengetahuan sedia ada untuk pelajar-pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan

3) Tentukan apakah konsep yang mereka akan pelajari untuk menyelesaikan masalah yang diberi dan bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan sesebuah masalah. Untuk ini guru-guru boleh menggunakan sampel perancangan PBL yang kami sediakan di bawah.

4) Kenal pasti cara-cara untuk menyelesaikan masalah yang ditentukan.

5) Selesaikan masalah yang diberikan

Penerapan Project based Learning amatlah sesuai pada waktu, di era “remote learning” ini. Ia memecahkan tradisi daripada sesi pembelajaran yang yang berpusatkan guru kepada pembelajaran yang berterusan, merentasi kurikulum, berpusatkan murid dan dapat mengintegrasikan isu dan amalan dalam dunia sebenar.

Ia sekaligus dapat mampu meminimakan pembelajaran online sebaliknya memberi peluang kepada pelajar mengeksplorasi berdasarkan sumber-sumber yang ada.

De bijbel van natuurlijk culturisme – school voor natuurlijke bodybuilding halotestin bodybuilding steroïden testoheal 40 mg kopen – soortrechten.

3 thoughts on “Apa itu Pembelajaran berasaskan projek (PBL)”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


× How can I help you?
0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap