Setelah dua tahun dilancarkan penuh di Malaysia, Anak2U mengorak langkah tahun ini ke peringkat antarabangsa dengan pengenalan Aplikasi dan sistem TK, Daycare dan Bimba Anak2U Indonesia . Ini adalah berkat sokongan pengusaha dan guru di Malaysia yang sering memberi maklumbalas kepada kami untuk menaik taraf dan memperbaik produk ini.
Kami telah berpeluang melawat beberapa Taman Kanak-kanak dan daycare, mengadakan perjumpaan dengan mereka untuk memahami keperluan aplikasi dan sistem di sana, mempelajari mengenai kurikulum di Indonesia (Kurikulum Merdeka) dan juga sistem pendidikan di sana.
Untuk permulaan, Anak2U akan diberikan dengan tempoh percubaan percuma untuk 20 pusat perkembangan kanak-kanak (PAUD) di Indonesia. Modul yang diperkenalkan adalah laporan ibu-bapa dan penjaga serta pengumuman kelas dan institusi.
Anak2U dijangkakan akan melancarkan modul pembayaran invois dan yuran atas talian pada bulan April, seterusnya pada bulan Julai akan melancarkan modul RPPH dan bahan bantu mengajar mengikut Kurikulum Merdeka.
Pusat perkembangan kanak-kanak (PAUD), daycare, Taman Kanak-kanak atau bimbingan belajar yang berminat mencuba dan memberi maklumbalas kepada kami boleh menghubungi wakil jualan kami di Jakarta dan Medan .