fbpx
aktiviti rpa sensori bayi 0-3 tahun

Aktiviti Fizikal untuk Bayi 0-3 Bulan

Untuk pendidik yang terlibat dalam mengasuh bayi berusia 0 hingga 3 bulan pastinya memahami yang pada peringkat ini, peranan anda sebagai guru sangat penting dalam menyokong perkembangan fizikal dan kesihatan bayi. Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh anda lakukan bersama bayi-bayi ini dalam usia yang kritikal ini dan boleh dijadikan rujukan untuk membina Rancangan Perlaksanaan Aktiviti di Taska

Urutan bayi (Baby Massage)

Aktiviti urutan bayi boleh dilakukan selama 15-20 minit untuk setiap sesi, menggunakan baby oil atau lotion yang sesuai. Fahami teknik-teknik yang betul dari kepala, ke tangan, seterusnya ke perut dan kaki. Aktiviti ini dapat membantu merangsang pembangunan otot dan meredakan ketegangan.tangan.

aktiviti urutlah saya rpa taska

Latihan Baringan dan Gulingan

Latihan baringan dan gulingan contohnya tummy time dapat membantu pembangunan otot-otot bayi. Pendidik boleh mendorong bayi untuk berbaring di atas perut mereka, seterusnya membantu mereka berguling dari satu sisi ke sisi yang lain. Ini dapat membantu menguatkan otot-otot penting mereka.

latihan baringan dan pusingan seperti tummy time

Memilih dan menggunakan mainan bayi yang sesuai

Gunakan jenis mainan yang sesuai untuk bayi dan lakukan latihan supaya bayi boleh cuba mencapai permainan tersebut.

Mainan yang mudah dipegang dan berwarna-warni dapat merangsang daya pandang dan pendengaran bayi.

Selain itu sekiranya bayi diletakkan di dalam buai, hiasi buai mereka dengan mainan-mainan tergantung dan dengan perkembangan umur, mereka cuba mencapai mainan tersebut.

mainan berbunyi atau tergantung

Mengajar senaman ringan

Lakukan senaman ringan yang boleh dilakukan bersama bayi, seperti menggerakkan kaki mereka ke arah perut atau menarik tangan mereka secara lembut.

 Amalkan kesabaran dan dan pelajari cara yang betul untuk melakukan aktiviti ini.

cycle time

Bermain dengan air

Perkembangan bayi anda dapat ditingkatkan dengan memperkenalkan aktiviti bermain air yang sesuai untuk usia mereka. Mulakan dengan mengisi bekas besar dengan air suam dan letakkan bayi anda di atas tuala yang selesa berhampiran. Kemudian, letakkan beberapa mainan yang lembut dan selamat ke dalam air, seperti bola karet lembut atau mainan berbentuk binatang.

Ingatlah untuk sentiasa mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan bayi dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Dengan memberikan bimbingan dan sokongan , anda dapat berperanan dalam membantu bayi-bayi ini mencapai pencapaian penting dalam perkembangan mereka pada usia yang awal ini.

Sentiasa kemaskini perkembangan dan aktiviti bayi ini kepada ibu-bapa supaya sama-sama boleh membantu dengan perkembangan bayi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


× How can I help you?
0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap