fbpx

Mengajar bacaan dengan kaedah sukukata

Ibu bapa mungkin mahu mencuba membaca bersama anak-anak, dengan bahan-bahan yang disediakan di dalam aplikasi Anak2U. Pertama sekali ibu-bapa perlu memahami pola suku kata yang berbeza:

  • KV+KV – bo+la = bola,kaki,mata
  • KV+KV+KV – kelapa, kerusi, lelaki
  • V+KV – ubi, ibu, api
  • KVK – bas, jem, cat
  • VKVK – ayam, ikan, ubat
  • KV+KVK – bayam, bakul
  • KVK+KV – lampu, baldi
  • KVK+KVK – cincin, bantal, rumput

Anak2U menyediakan carta suku kata, di mana ibu-bapa atau guru boleh mengajar anak-anak suku kata yang berbeza satu persatu.

Setelah anak-anak mengenal suku kata yang berbeza, ibu-bapa boleh menggunakan pelbagai latihan-latihan berbeza yang untuk mengenal perkataan-perkataan mengikut bola suku-kata yang diajar. Ibu-bapa boleh mempelbagaikan latihan, tidak hanya fokus kepada membaca, tetapi boleh cari latihan-latihan yang pada sama menguji kemahiran-kemahiran lain.

Dalam aplikasi Anak2U, kami sediakan pelbagai latihan bukan sahaja berbentuk bacaan semata-mata, tetapi ditambah dengan latihan-latihan yang menguji kreativiti dan koginitif pada masa yang sama, contoh latihan mewarnakan suku kata, membuat puzzle dan mencari perkataan mudah.


Seterusnya ibu-bapa boleh memberi bahan bacaan mengikut tahap yang berbeza kepada anak-anak. Bagi yang menggunakan Anak2U, kami menyediakan tema Latihan Membaca yang mempunyai latihan membaca mengikut tahap-tahap berbeza dan pola suku kata berbeza.

Yang penting ibu-bapa lakukan aktiviti ini perlahan demi perlahan dan tidak memaksa anak-anak. Contohnya, untuk latihan membaca boleh lakukan satu latihan membaca sehari, selama 5 – 10 minit sehari.

Gunakan pengulangan, sekiranya anak-anak mempunyai kesukaran, boleh ulang untuk mereka baca semula pada hari kemudiannya

Untuk dapatkan akses ke Anak2U ibu-bapa boleh terus download sahaja di Google Play dan Appstore dan hubungi kami unutk dapatkan akaun untuk tadika dan taska anda.

46 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap