fbpx
Hari-hari terakhir Ramadan bersama anak-anak

Hari-hari terakhir Ramadan bersama anak-anak

Pejam celik pejam celik kita sudah berada di 10 hari terakhir Ramadan. Kita boleh gunakan 10 hari ini untuk ajari anak-anak kita mengenai kebaikan bulan Ramadan terutamanya kepentingan memperbanyakkan amalan mereka dan mengejar Lailatul qadr. Kami kongsikan beberapa bahan yang boleh digunakan bersama anak-anak terutamanya sempena tempoh kawalan bergerak ini.

kalendar ramadan hari hari terakhir beramal

 Poster mengejar kebaikan di bulan Ramadan

Kami kongsikan poster mengejar kebaikan Ramadan di mana ibu bapa boleh terus cetak dan tampalkan untuk digunakan untuk mengajar amalan-amalan yang boleh mereka lakukan.

Amatlah penting untuk ibu-bapa menerangkan maksud amalan-amalan di dalam poster ini. Bagi ibu-bapa yang mempunyai lebih dari satu anak-anak boleh ajak anak-anak berlumba-lumba mengejar amalan kebaikan.

Permainan cari perkataan versi Ramadan

Anak2U juga menyediakan permainan cari perkataan versi Ramadan  untuk anak-anak mengenai kosa kata yang berkaitan dengan bulan Ramadan. Permainan ini terbahagi kepada tiga tahap:

1) Tahap pertama – Mengenal kosa kata berkaitan bulan Ramadan – Terdapat perkataan-perkataan seperti Nuzul, Al qadr, Mekah (merujuk kepada pembukaan kota Mekah) yang ibu bapa boleh terangkan kepada anak-anak sekiranya mereka bertanya maksud perkataan yang dicari.

2) Tahap kedua – Mengenai amalan-amalan di bulan Ramadan

3) Tahap ketiga – Berkaitan hari raya. Di dalam tahap ini juga kami selitkan perkataan-perkataan berkaitan amalan sunat di hari raya. Contohnya, jangan terperanjat ada perkataan Mandi di dalam tahap ini, sebaliknya ibu-bapa boleh terangkan mengenai amalan mandi sunat di pagi Syawal.

Aktiviti-aktiviti berdasarkan senarai semak pembelajaran Pendidikan Islam

Ibu-bapa atau guru boleh terus rujuk senarai semak pembelajaran anak-anak untuk matapelajaran Agama Islam di dalam aplikasi Anak2U, dan dapatkan aktiviti-aktiviti dari aplikasi Anak2U atau dari laman web ini. Contohnya kami kongsikan aktiviti mengenal Rukun Islam, ibu-bapa boleh terus cetak dari sini. Untuk lebih aktiviti boleh terus daftar dan hubungi Anak2U untuk pendaftaran akaun penuh.

Senarai semak pembelajaran agama islam
cara mudah daftar Anak2U

Bagi ibu-bapa yang ingin muat turun aplikasi Anak2U boleh terus ikut langkah-langkah di atas atau terus daftar di sini. Anda akan mendapat akaun percubaan yang membolehkan anda mendapat sumber-sumber percuma Anak2U. Untuk lebih banyak sumber boleh hubungi kami untuk muat naik akaun anda.

Leave a Reply

Close Menu
0 Shares
Share via
Copy link