Aplikasi terbaharu! Mari Belajar Membaca : Anak2U

Aplikasi terbaharu! Mari Belajar Membaca : Anak2U

Ibu-bapa di luar sana pasti risau jika anak-anak kerap bermain telefon pintar, terutamanya anak-anak di bawah tujuh tahun. Nak main telefon pintar boleh, tapi alangkah bagusnya jika aplikasi yang dimainkan itu boleh mengajar anak-anak pada masa yang sama.

Menyedari bahawa kurangnya aplikasi dan alat bantu mengajar digital di dalam Bahasa Melayu, kami menyediakan aplikasi Mari Membaca Anak2U sesuai untuk anak-anak 4 ke 6 tahun digunakan untuk mengajar anak-anak perkataan-perkataan asas.

Ibu-bapa yang berada di rumah juga digalakkan mempelajari asas-asas suku kata supaya dapat menggalakkan perkembangan nak-anak. 

1) KV + KV – Suku kata terbuka, contohnya bola,saya, suka.

2)KV + KV + KV – Gabungan tiga suku kata terbuka, kepala, kelapa, cahaya

3) KVK – Suku kata tertutup – Kek, bas, pen

4) V + KVK – Vokal + Suku kata tertutup – Emak,  Ikan, Ulat

5) KV + KVK – Suku kata terbuka + Suku kata tertutup – Belon, Kasut, Rumah

6) KVK + KV – Suku kata tertutup + Suku kata terbuka – Jambu, Lampu. Pimtu

7) KVK + KVK -Suku kata tertutup + Suku kata tertutup – Biskut, Kertas, Rambut

Latihan-latihan yang disedikan dalam aplikasi ini telah disusun mengikut Senarai Semak Perkembangan Bahasa Kanak-kanak. Jadi bolehlah ibu-bapa menggunakan aplikasi ini dengan memperkenalkan perkataan-perkataan mengikut kumpulannya dahulu.   

Terima kasih juga kepada merreka yang telah mencuba aplikasi ini dan memberikan maklum-balas positif dan cadangan. Insya Allah kami akan adakan dalam versi yang akan datang

Leave a Reply

Close Menu