fbpx
facebook, social media, chalk blackboard

7 Rahsia kembangkan bisnes Taska Tadika anda secara digital

Setiap kali saya lalu di kawasan perumahan saya, saya akan nampak bunting dan banner dipaparkan oleh pengusaha tadika dan taska untuk mempromosikan tadika dan taska mereka. Sudah pasti dalam tempoh yang singkat, saya tidak dapat menyimpan nombor telefon yang diberi, maka setibanya saya di pejabat saya pun Google nama tadika dan taska yang terpapar di bunting tadi. Tetapi malangnya tadika dan taska tersebut tidak dapat dijumpai di dalam Internet. Tiada ‘trace digital’ yang ditinggalkan oleh tadika dan taska untuk ibu-bapa alaf baru seperti saya menghubungi mereka.

Walaupun kita sebagai pengusaha tadika dan taska tidak menggunakan aplikasi-aplikasi masa kini, tetapi harus fahami yang pelanggan kita adalah ibu-bapa yang menggunakan teknologi sebagai sumber utama carian tadika dan taska. Tidaklah saya suruh Tuan Puan untuk download dan buat akaun Tik-Tok, tetapi sekurang-kurangnya pastikan perkara-perkara ini dilakukan. Saya sertakan tips dan senarai semak untuk pastikan tadika dan taska Tuan Puan berada di alam digital.

Pastikan tadika taska mempunyai Facebook Page

Perkara pertama yang paling penting adalah pastikan tadika dan taska Tuan Puan mempunyai Facebook Page dan Instagram page. Ini adalah berbeza dengan akaun Facebook kerana Tuan Puan boleh masukkan lebih . banyak informasi seperti waktu buka- waktu-tutup, maklumat tadika taska, lokasi (yang akan keluar dalam Google Maps), acara-acara dan sebagainya.

Haruslah pastikan yang Facebook Page Tuan Puan sentiasa dikemaskini. Saya ada terjumpa beberapa Facebook Page Tadika yang dikemaskini 2-3 tahun yang lalu, ia memberi impresi yang tadika atau taska ini sudah tiada.

Sekiranya Tuan-Puan mempunyai bajet yang lebih bolehlah buat Facebook atau Instagram ads supaya orang di kawasan Tuan-Puan boleh jumpa page Tuan Puan.

Tadika dan taska anda perlu berada di Google Maps

Saya perhatikan masih ada tadika dan taska yang tidak dapat dijumpai di dalam Google Maps. Pentingnya meletakkn tadika dan taska Tuan Puan di dalam Google Maps adalah kerana data yang dimasukkan di dalam akan dijadikan sumber utama untuk aplikasi-aplikasi yang lain seperti Waze, Facebook, Instagram dan sebagainya. Jika tadika dan taska Tuan-Puan tidak berada di dalam Google Maps, ianya tidak dapat dijumpai oleh aplikasi-aplikasi yang lain.

Selain itu ibu-bapa juga ada yang suka menggunakan Google Maps sebagai sumber utama carian mereka, contohnya menggunakan kata carian seperti “Tadika di Bangi”, pastikan tadika dan taska Tuan Puan dijumpai apabila mereka menggunakan kata-kunci begini.

Ada bajet lebih boleh buat Video tadika dan taska

Untuk tadika dan taska yang mempunyai bajet yang lebih bolehlah gunakan bajet tersebut untuk menghasilkan video yang menunjukkan suasana pembelajaran, persekitaran dan kondisi di dalam kelas. Lebih menarik jika video tersebut disertakan dengan interview ibu-bapa dan pengusaha tadika dan taska. Tuan Puan boleh dapatkan khidmat dari mana-mana pasukan yang menghasilkan video digital.

Jika Tuan-Puan tidak mempunyai jangan risau, kerana Tuan Puan boleh menghasilkan video sendiri menggunakan telefon bimbit Tuan-Puan dan laman web penghasilan video percuma seperti ClipChamp atau Filmora.

Bina laman Web Tadika dan Taska

Sekali lagi jika Tuan-Puan mempunyai bajet yang lebih bolehlah menghasilkan laman web sendiri. Ia bagi memastikan laman web Tuan Puan muncul di atas sekali apabila carian di Google dilakukan. Pihak Tuan Puan akan diminta membeli alamat web, contohnya https://www.tadikaanak2u.com.my. Dengan adanya nama sendiri lebih mudah

Mungkin untuk kali pertama Tuan Puan boleh meminta bantuan sesiapa untuk menghasilkan laman web asas, tetapi Tuan Puan digalakkan meminta mereka untuk menghasilkan laman web menggunakan sistem WordPress atau Wix. Website-website ini membolehkan Tuan Puan menambah maklumat dalam masa akan detang dengan mudah. Jika boleh selepas pembinaan laman web, Tuan Puan minta mereka yang membuat laman web mengajar Tuan Puan untuk edit content-content di dalam website.

Wajib dan perlu gunakan laman Google Business

Contoh akaun google Business saya. Saya boleh menambah foto, membalas review pelawat saya, menulis artikel dan promosi dan sebagainya.

Jika Tuan Puan tidak mempunyai bajet untuk tadika dan taska, Tuan Puan boleh gunakan fungsi Google Business yang diberikan secara percuma kepada semua pihak yang mempunyai bisnes beralamat. Cuba Tuan Puan Google laman web Tuan Puan, sekiranya di bahagian kiri tadika dan taska Tuan Puan tidak muncul (boleh refer gambar di bawah), maknanya tadika taska Tuan Puan masih belum mempunyai Google Business.

Tiada bayaran diperlukan, tetapi dengan adanya page ini, Tuan Puan akan dapat mengemaskini maklumat Tuan Puan dengan mudah, menulis blog dan berita. Selain itu pastikan maklumat Tuan Puan lengkap di Google Maps. Beberapa Tadika Taska yang saya jumpa tidak mempunyai nombor telefon, hari buka tutup dan gambar tadika. Sayang sekali Tuan Puan tidak gunakan servis percuma Google ini. Ingat ye, google adalah tempat pertama ibu-bapa millineals akan guna untuk cari maklumat tadika.

Bina sistem bot , ia tidak mahal.

Contoh facebook Bot dihasilkan untuk Wakaf Pondok Unais. Segala Wakaf dan Sumbangan diuruskan oleh bot

Setelah mempunyai Facebook Page, Tuan Puan mungkin tidak mempunyai masa untuk memeriksa mesej Tuan Puan 24 jam. Mungkin ada ibu-bapa yang mempunyai pertanyaan-pertanyaan asas seperti harga, kemudahan, pakej dan sebagainya namun memendangkan tiada sesiapa membalas mesej tersebut, Tuan Puan kebarangkalian mungkin kehilangan bakal pelanggan. Maklumlah kerja kita sebagai pengusaha tadika dan taska banyak, kadang-kadang tiada masa untuk memeriksa semua mesej.

Disebabkan itu Tuan Puan perlu memasang fungsi BOT di Facebook, yang akan menjawab soalan-soalan asas pertanyaan ibu-bapa. Ada sedikit kemahiran diperlukan namun setelah bot dipasang di Facebook page, ia dapat mengurangkan masa Tuan-Puan untuk tidak perlu ‘monitor’ laman social sepanjang masa.

Masukkan Tadika dan Taska anda di dalam Direktori secara percuma

Direktori adalah laman web yang memaparkan semua laman web yang berada di Malaysia. Tuan-Puan mungkin pernah menggunakan Cari atau Mudah, ini merupakan direktori general yang memaparkan semua barang-barangan dan servis namun terdapat juga direktori khas untuk tadika dan taska sepeti Explore Anak2U.

Tuan Puan patut mengambil peluang untuk mendaftarkan tadika Tuan-Puan di dalam laman web direktori. Pengusaha laman web direktori seperti Explore Anak2U akan menguruskan bahagian promosi laman web direktori mereka secarra tidak lansung, tadika dan taska Tuan Puan juga akan dipromosikan.

Contohnya di gambar di bawah, walaupun tadika Tuan Puan tidak mempunyai laman web, dengan carian Google, laman Tuan Puan di laman web direktori akan muncul di carian Google apabila carian dilakukan oleh ibu-bapa.

Ibu-bapa boleh mencari Tadika dan taska mengikut negeri
Laman web Explore Tadika CIlik Iman berada di muka Google yang pertana apabila carian dilakukan. Tahniah! Mungkin akan datang kita tambah baik Google Business pula

Sekiranya pihak Tuan Puan memerlukan bantuan atau servis untuk mana-mana perkhidmatan di atas Tuan-Puan bolehlah terus menghubungi kami di Anak2U. Kami menyediakan harga yang berbeza untuk pengguna aplikasi Anak2U dan harga berbeza untuk mereka yang tidak menggunakan Sistem dan Aplikasi Anak2U.

Jadi pastikan Tuan-Puan dapatkan sistem dan aplikasi Anak2U untuk tadika dan taska Tuan-Puan. Banyak lagi pakej-pakej dan kursus digital yang akan disediakan pihak kami kepada Tuan Puan.

Kalau nak lebih lengkap pastikan tadika dan taska Tuan Puan menghasilkan laporan digital kepada ibu-bapa.

2 thoughts on “7 Rahsia kembangkan bisnes Taska Tadika anda secara digital”

Comments are closed.

× How can I help you?
0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap