fbpx

Mengajar anak-anak mengenai emosi diri

Musim PKP ini nampak gayanya ibu-bapa memainkan peranan untuk mengambil alih sebentar tugas guru-guru agar pembelajaran dan perkembangan anak-anak diteruskan. Untuk pengetahuan ibu-bapa, bukan sahaja pengajaran diperlukan untuk perkembangan fizikal dan emosi juga.

Ibu-bapa boleh menggunakan senarai semak yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengenalpasti sekiranya anak-anak mereka telah mencapai senarai semak mengikut umur mereka :

Pencapaian untuk 5 tahun

  1. Mengenal pasti dan menceritakan pengalaman emosi yang melibatkan perasaan gembira, sedih, takut,
    marah atau malu.
  2. Menyatakan emosi mengikut situasi.
  3. Mengurus emosi dengan memilih tindakan yang sesuai

Pencapaian untuk 6 tahun

  1. Mengenal pasti emosi orang lain berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan.
  2. Mengenal pasti emosi orang lain berdasarkan pernyataan perasaan atau peristiwa yang telah berlaku.
  3. Membezakan emosi antara individu dalam situasi yang tertentu.
  4. Menyatakan cara mengurus emosi secara positif dalam situasi yang tidak menyenangkan.

Kami ingin berkongsi kad emosi Anak2U yang boleh digunakan oleh ibu-bapa mengajar emosi kepada anak-anak anda. Antara aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan dengan kad ini ialah :

Cadangan aktiviti pertama - Teka emosi saya

  1. Aktiviti boleh dilakukan bersama adik-beradik dan penjaga, mula-mula telekupkan kad emosi diri.
  2. Setiap pemain mengikut giliran mengambil salah satu kad emosi diri. Pemain cuba membuat mimik muka menggambarkan emosi diri yang dimaksudkan di dalam kad.
  3. pemain-pemain lain cuba meneka emosi apa yang cuba lakukan.

Cadangan aktiviti kedua - Mencari pasangan (Memory game)

  1. Untuk aktiviti ini, sepasang kad emosi diri diperlukan. Ibu bapa menelekup kad emosi diri di atas meja.
  2. Pelajar cuba mencari pasangan kad emosi diri, tetapi hanya dibenarkan membuka dua kad pada satu masa.
  3. Ibu-bapa digalakkan berkomunikasi dengan anak-anak sepanjang aktiviti ini, contoh: “Mana kad marah”, “Kad apa ni?”, “Cari kad apa?”.

Cadangan aktiviti ketiga - "Happy Family"

  1. Aktiviti boleh dilakukan bersama adik-beradik dan penjaga, empat kad yang sama diperlukan.
  2. Setiap pemain akan mendapat kad, dan cuba melengkapkan 4 kad emosi diri, seperti permanian Happy Family dengan meminta kad yang diperlukan kepada pemain lain.
  3. Pemain tidak boleh menyatakan nama kad, sebaliknya harus berlakon atau memberi mimik muka untuk kad yang dimaksudkan .

Anda ada aktiviti lain yang boleh dikongsikan dengan kad ini ?

Kongsikan kepada kami di
Facebook: @anak2uofficial
Twitter:@anak2uofficial
Instagram: @anak2uofficial

Selain aktiviti kad emosi, Anak2U menyediakan pelbagai aktiviti berkaitan emosi diri yang telah dimuatnaikkan di dalam latihan bertema kami. Seperti biasa, ibu-bapa yang ada akaun boleh kongsikan kepada anak-anak bagi mereka yang memerlukan akaun boleh terus hubungi kami untuk dapatkan akaun persendirian atau melalui tadika dan taska anak.

Atau terus Whatsapp: https://wa.me/601131248902

Mana lengkap pembelajaran tentang emosi diri tanpa menyanyikan lagi Kalau rasa gembira kan?

× How can I help you?
40 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap