fbpx

5 aktiviti boleh dilakukan dengan anak-anak bertema Aidilfitri

Alhamdulillah selepas sebulan anak-anak kita berpuasa, hari raya Aidilfitri bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Pastinya anak-anak tidak sabar menanti ketibaan hari-raya.

Untuk minggu-minggu terakhir Ramadan ini, Anak2U menyediakan beberapa aktiviti yang boleh ibu-bapa atau guru lakukan bersama anak-anak bagi menyemarakkan lagi Aidilfitri tahun ini.

Mewarna dan membuat sampul Raya Aidilfitri

Ibu-bapa dan guru-guru boleh mencetak sampul raya Anak2U untuk diberikan kepada anak-anak. Menariknya Anak2U memberikan peluang untuk mewarnakan sendiri kad raya mengikut kreativiti mereka. Setelah diwarnakan biarkan anak-anak mengguntingkan sampul raya tersebut bagi mengasah kemahiran motor halus mereka.

Terdapat dua versi sampul raya Anak2U, anak-anak boleh mewarnakan kedua-dua sampul raya jika mereka mahu. Pasti menarik apabila anak-anak mendapat duit raya dari sampul raya yang dihasilkan sendiri.

Membuat Dan Menghantar Kad Raya Aidilfitri

Anak2U juga menyediakan kad raya Aidilfitri untuk anak-anak. Hari raya kali ini pasti lebih bermakna, Ibu-bapa pasti setuju jika kita bawa kembali hari raya tahun ini ke 90 dengan menghantar kad raya kepada sahabat handai, guru-guru yang sudah lama mereka tidak temui ataupun saudara mara yang berada di luar negeri.

Anak2U menyediakan dua versi kad raya, seperti biasa aktiviti ini digunakan untuk mengasah kreativiti dan latihan motor halus, melalui aktiviti menggunting dan melipat kad raya. Gunakan peluang ini untuk mengasah kemahiran bahasa atau menulis mereka, bagi anak-anak yang boleh menulis, boleh galakkan anak-anak menulis kad ucapan mereka, bagi yang masih belum menulis, bantu anak-anak untuk expresi ucapan yang ingin ditulis.

Belajar kosa kata berkaitan Aidilfitri

Melalui rakan strategik Anak2u, Learningbox, salah sebuah penyediaan silibus dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran tadika, menyediakan aktiviti Bahasa Malaysia bertemakan Aidilfitri. Selain video Aidilfitri, mereka juga menyediakan buku dan lembaran kerja yang boleh digunakan untuk mengajar anak-anak kosa-kata berkaitan Hari Raya Aildilfitri.

Aktiviti Bahasa Malaysia Learningbox tersedia di dalam aplikasi Anak2U dan boleh terus dicetak. Jika anda ingin mendapatkan modul atau buku boleh terus hubungi mereka.

Mengajar lagu-lagu hari raya

Aktiviti ini pasti tidak dapat dilepaskan oleh ibu-bapa, untuk mengajar anak-anak menyanyikan lagu-lagu hari raya. Menariknya lagu-lagu tradisi hari raya sudah dimodenkan dan dinyanyikan dalam versi yang menambat hati kanak-kanak.

Kami sediakan 2 lagu dari official Youtube Les Copaques yang mendendangkan lagu Selamat Hari Raya dan Suasana Hari Raya dalam versi mereka sendiri. Di dalam aplikasi Anak2U ibu-bapa boleh dapatkan lirik lagu ini yang boleh terus dicetak untuk membantu pengajaran lagu-lagu tradisi versi baru ini.

Bermainan permainan berkaitan Hari Raya

Hari Raya Aidilfitri ini pasti ahli keluarga berkumpul bersama-sama. Jika tiada aktiviti untuk dilakukan, kami sediakan aktiviti cari perkataan yang boleh dilakukan bersama anak-anak. Aktiviti ini terbahagi kepada tiga tahap dengan tema berbeza:

Tahap 1 – Bulan Ramadan
Tahap 2 – Amalan Bulan Ramadan
Tahap 3 – Aktiviti dan Amalan baik Hari Raya

Ambil kesempatan ini untuk terangkan dan maksud setiap perkataan, contohnya mandi – merujuk kepada mandi sunat aidilfitri, Alqadr – Surah yang menerangkan mengenai lailatulqadr, Mekah – Pembukaan kota Mekah di bulan Ramadan dan sebagainya.

Lebih Banyak Aktiviti Bertema Hari Raya

Untuk mereka yang mempunyai akses ke aplikasi Anak2U boleh terus dapatkan lebih banyak aktiviti bertema hari raya seperti mengenal nama-nama makanan hari raya, mengenal nama-nama objek, menganyam ketupat dan sebagainya.

Dan seperti biasa boleh dapatkan juga aktiviti dari tema-tema yang lain untuk pembelajaran tahun ini.

Cara mudah daftar Anak2U

1) Daftar Anak2U di sini: https://dashboard.anak2u.com.my/homeschool/register

2) Muat turun aplikasi Anak2U

3) Login menggunakan akaun yang telah didaftarkan

× How can I help you?
51 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap