Tahukah anda tentang perkembangan kanak-kanak?

Tahukah anda tentang perkembangan kanak-kanak?

Selaku ibu-bapa, adakah anda tahu atau sedar tentang perkembangan anak-anak anda? Tempoh awal kanak-kanak yang sangat penting adalah bermula dari 0 sehingga 6 tahun, malah ada juga kajian yang mengatakan sehingga 8 tahun.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan garis panduan untuk ibu-bapa dan pihak taska, tadika atau pusat jagaan untuk menggunakannya sebagai asas iaitu Motor Kasar, Motor Halus, Penglihatan, Pendengaran ,Pertuturan dan Bahasa, Kelakuan (Personal Sosial) dan Kognitif

Terdapat umur tertentu yang telah ditetapkan sebagai umur standard yang harus dicapai oleh anak-anak untuk senarai perkembangan tertentu, contohnya untuk-untuk anak-anak yang berumur 6 tahun, mereka sepatutnya sudah boleh memakai kasut dan stokin sendiri, membuat ikatan menggunakan tali, meniru lakaran bentuk abjad dan sebagainya.Β 

Selaku ibu-bapa, anda perlu mengetahui garis panduan ini, dan sentiasa rujuk penjaga anak-anak anda (tadika, taska atau pengasuh) sekiranya anda musykil dengan isu ini.Β 

Anda perlu ada senarai semak atau kalendar berdasarkan perkembangan yang telah dicapai oleh anak-anak anda. Kalendar ini juga bertujuan untuk anda mengesan sekiranya terdapat masalah dengan perkembangan mereka, dan bertindak lebih awal. Antara tindakan yang boleh anda lakukan termasuklah terapi pertuturan, terapi fizikal dan prasekolah khas.

perkembangan-kanak-kanak

Leave a Reply

Close Menu