fbpx

Strategi pemasaran dan marketing tadika dan taska

Pejam celik pejam celik kita sudah menghampiri akhir tahun. Ibu-bapa sudah mula mencari tadika dan taska anak-anak mereka untuk sesi 2021. Maka pengusaha sudah perlu mula merancang pelan bagi mendapatkan pelanggan ke tadika taska mereka. Kami kongsikan beberapa perkara yang anda perlu tahu untuk merancang aktiviti marketing dan pemasaran tadika anda.

Bina User Persona pelanggan anda

Anda perlu kaji dan kenal pasti pelanggan ideal anda. Seterusnya, bina user persona pelanggan ideal anda. Ini adalah contoh User Persona pelanggan yang kami telah bina, menggambarkan sebuah tadika / taska yang bertempat di Bandar Baru Bangi:

Nama: Atiqah
Pekerjaan: Pensyarah Fakulti Multimedia di Universiti Kebangsaan Malaysia
Status : Berkahwin
Bilangan anak: 3
Gaji: RM3000-RM4000
Pendidikan: Master
Umur – 30
Buku Kegemaran: Kerana aku tidak sempurna
Majalah Kegemaran: –
Blog/ Website Kegemaran: Ohbulan, Maria Elena, Proparenting
Filem Kegemaran: Games of Throne, Ombak Rindu
Drama Kegemaran: 7 Hari Mencitaimu,

Setiap tadika/taska mempunyai niche yang berbeza untuk pelanggan ideal anda jadi anda perlu mengenal pasti pelanggan ideal anda melalui maklumat pendaftaran .

Bagi maklumat yang anda tidak tahu seperti buku kegemaran, majalah kegemaran, anda boleh reka berdasarkan informasi yang anda tahu mengenai pemerhatian atau perbualan dengan mereka.

Anda boleh gunakan laman web Hubspot untuk bina user persona anda.

Bagi pengguna Anak2U, anda boleh dapatkan rekod penjaga dengan mudah di dalam Parent Management di dashboard Anak2U. Anda tidak perlu susah-susah cari dalam fail untuk pelajari tentang pelanggan anda.

Kenal pasti channel yang sesuai untuk pemasaran anda

Berdasarkan user persona yang telah dibina, anda boleh mula senaraikan semua channel yang terdapat untuk anda lakukan pemasaran tadika atau taska anda. Antara channel yang boleh dilakukan termasuklah Email, Whatsapp, Bunting, Pamplet, Facebook Group, Facebook Ads, Google dan lain-lain.

Dari channel yang tersenarai, anda perlu memilih channel yang sesuai untuk user persona anda. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin target ibu-bapa yang berumur 30 tahun, channel pemasaran yang berkesan adalah online iaitu melalui Google, Facebook atau Instagram.

Contoh sekiranya anda memilih untuk memasarkan melalui Facebook, anda boleh gunakan Facebook Audience Insight untuk kenalpasti Group atau Page mana yang sesuai untuk anda bertemu dengan prospek-prospek anda.

Mengenalpasti pelanggan ideal menggunakan facebook audience insights
Mengenalpasti pelanggan ideal menggunakan facebook audience insights

Contoh di atasa saya dapat kenal pasti group-group Facebook yang sesuai atau tempat yang sesuai untuk saya target pelanggan-pelanggan saya. Sekiranya saya memilih untuk mengiklankan dalam Facebook group, saya hanya boleh fokuskan pemasaran saya dalam group Bandar Baru Bangi Komuniti atau Rumah Sewa Bangi / Kajang. Sekiranya saya mahu meninggalkan pamplet, mungkin saya boleh tinggalkan di klinik, Kedai Kek atau shopping & retail dicadangkan oleh Facebook Audience Insight.

Strategi berbeza untuk proses yang berbeza (Segmentized)

Setelah anda mengenal pasti channel pemasaran anda, anda boleh mulakan pelan pemasaran anda. Untuk laksanakan pelan pemasaran anda, anda perlu pelan yang berbeza untuk potensi pelanggan anda. Kita boleh bahagikan potensi pelanggan anda kepada tiga iaitu :

Cold : Potensi pelanggan yang tidak tahu lansung tentang anda. Untuk potensi pelanggan ini anda perlu memberi kesedaran kepada mereka mengenai tadika & taska anda (dengan menggunakan gambar/video) yang sesuai, tetapi objektif utama anda bukanlah untuk mereka terus berdaftar dengan anda, sebaliknya untuk anda mendapatkan nombor telefon anda atau email mereka. Antara contoh kempen marketing yang anda boleh lakukan adalah melakukan facebook live yang menunjukkan persekitaran dan aktiviti tadika anda, dan meminta ibu-bapa berminat meninggalkan nombor telefon mereka. Ataupun anda boleh berikan bahan bantu mengajar yang digunakan di tadika/taska secara percuma dan dihantar melalui Whatsapp.

Warm: Warm customer adalah pelanggan yang sudah mengenai mengenai tadika dan taska anda melalui proses yang anda lakukan di kempen pemasaran kepada cold customer anda. Di sini, anda seharusnya mempunyai senarai nama, email atau nombor telefon potensi pelanggan yang mungkin berminat (50-50) dengan tadika atau taska anda. Di sini anda boleh merancangkan strategi marketing untuk mereka, contoh menggunakan teknik pemasaran Facebook Marketing, atau Whatsapp Marketing dan menjemput mereka ke “Open House Tadika/Taska.” atau “Free Trial” tadika. Objektif anda sudah pasti untuk

Hot: Hot Customer adalah pelanggan yang pernah menggunakan servis kita, ibu-bapa yang pernah hantar anak-anak ke tadika/taska kita. Kita mahu Hot Customer kita menjadi pelanggan berulang. Dalam kes ini anda juga mesti mempunyai senarai nama, email atau nombor telefon mereka. Objektif anda ialah menjadikan mereka pelanggan berulang, sama anda menghantar mereka untuk tahun seterusnya atau menghantar adik beradik mereka. Channel yang sesuai mungkin Whatsapp atau face to face dan strategi marketing yang sesuai mungkin diskaun adik beradik, bonus referal atau kongsi gambar-gambar kenangan mereka sepanjang mereka berada di tadika/taska. Aplikasi Anak2U membantu anda berkongsi gambar-gambar kenangan mereka di dalam kelas dengan cara yang mudah.

Kenal pasti Metriks diukur untuk setiap strategi pemasaran

Anda perlu kenal pasti metriks untuk setiap pelan marketing anda dan ukur keberkesanan mereka. Metriks adalah ukuran keberkesanan perancangan aktiviti anda. Ini adalah contoh-contoh metriks-metriks yang boleh digunakan :

  1. kos mendapatkan seorang pelanggan – Bilangan pelanggan baru dalam sebulan / kos marketing bulan itu.
  2. Conversion rate – Pelanggan yang berdaftar / Tetamu hadir ke open house atau Pelanggan yang berdaftar / Pelanggan yang ambil free trial.
  3. Conversion rate website – Bilangan yang tekan butang hubungi saya / Bilangan yang lihat page website

Objektif kita mengukur kempen pemasaran yang paling berhasil dan boleh cuba gunakan semula untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Kesimpulan

Anda boleh mula susun atur strategi pemasaran anda berdasarkan langkah yang diberi. Kenal pasti jenis-jenis pelanggan anda (hot, warm dan cold) yang paling penting janga gunakan mesej marketing yang sama untuk ketiga-tiga jenis pelanggan anda. Kenal pasti website dan sistem yang anda boleh gunakan untuk bantu pemasaran anda, contohnya Google Local Search, Facebook, Instagram, Explore Anak2U, aplikasi dan sistem Anak2U . Sekiranya pelanggan niche anda berumur 25-35, anda perlu beralih dari marketing offline ke marketing online. Untuk maklumat lanjut bagaimana Anak2U boleh membantu anda terus hubungi kami ;

Hubungi Anak2U

× How can I help you?
0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap