fbpx

Digitalkan rekod penting dalam taska

Bagi pengusaha taska, anda perlu pastikan rekod-rekod taska anda disimpan secara tersusun dan profesional. Antara rekod-rekod yang perlu disediakan adalah:

Rekod Pekerja

  • Rekod peribadi pekerja
  • Rekod kedatangan pekerja
  • Rekod Kesihatan pekerja
  • Rekod Perlantikan/gaji/Intensif
  • Rekod Cuti pekerja
  • Rekod Latihan pekerja.

Rekod Pelajar

  • Rekod Peribadi
  • Rekod Kedatangan
  • Rekod Kesihatan
  • Rekod Kemajuan/Perkembangan
  • Rekod Hasil Kerja
  • Log Anak Permata

Rekod pengurusan taska

  • Inventory barang-barang mengikut setiap bilik
  • Rekod Kewangan
  • Rekod Aktiviti Harian
  • Rekod Menu
  • Rekod Penglibatan Ibubapa
  • Rekod Latihan Kebakaran
  • Buku Pelawat
  • Buku Pegawai Berkuasa
  • Peraturan Taska
  • Buku Perancangan Tahunan/bulanan/mingguan.
  • Rekod Kewangan

Rekod-rekod ini mesti disimpan dengan baik kerana ia akan diperiksa oleh Ketua Pengarah JKM atau pegawai yang diberi kuasa pada masa yang munasabah.

Walau bagaimanapun, agak sukar untuk kita menyimpan semua rekod kita menggunakan fail dan kertas dengan ruang yang sempit di dalam taska. Dengan Ini merupakan waktu terbaik untuk pengusaha taska mengdigitalkan rekod–rekod ini dan kami akan tunjukkan cara-cara untuk merekodkan rekod-rekod tersebut.

Kami akan menunjukkan bagaimana Anak2U boleh membantu anda untuk mendigitalkan rekod penting di dalam taska untuk anda.

1) Sistem pengurusan Anak2U

Sistem pengurusan Anak2U didatangkan dengan modul-modul berikut:

  1. Pengurusan Maklumat pelajar
  2. Pengurusan Maklumat Penjaga
  3. Pengurusan Maklumat Guru
  4. Pengurusan Kewangan
  5. Pengurusan / Rekod Slip Gaji

Maklumat-maklumat akan disimpan di atas talian, dan rekod boleh dicapai dan dicetak apabila mendapat keperluan.

Contoh pengurusan invois dengan Anak2U
Contoh pengurusan rekod guru dengan Anak2U

2) Aplikasi kedatangan untuk mengambil rekod pelajar

Berbanding dengan sistem yang lain di dalam pasaran, Anak2U mempunyai aplikasi kedatangan yang mengikut standard yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bukan sahaja waktu dan suhu direkodkan, malah penghantar, pengambil, catatan sewaktu hantar dan catatan sewaktu ambil juga direkodkan di dalam aplikasi ini.

Maklumat yang diisikan di dalam aplikasi kedatangan akan terus dimasukkan di dalam buku log digital yang boleh dicetak setiap akhir bulan.

Selain itu aplikasi ini juga mempunyai fungsi kehadiran guru dan juga rekod pelawat.

Aplikasi Kedatangan Anak2U

3) Buku log digital

Guru-guru akan diberikan akses ke aplikasi guru yang membolehkan mereka membuat buku log harian dengan lebih mudah, menggunakan kaedah “tagging”. Menurut percubaan yang dilakukan oleh taska-taska terawal, aktiviti penulisan buku log mereka telah dapat dikurangkan dari 2 jam ke 15 minit sehari untuk seluruh taska.
Penting juga untuk mengetahui log-log harian yang diisi guru melalui aplikasi akan terus dimasukkan ke dalam buku log digital yang boleh dicetak setiap akhir bulan. Buku log digital ini juga dibina mengikut standard yang ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan boleh menghasilkan buku log secara PDF pada akhir bulan.

Buku Log Digital Anak2U

4) Rancangan Aktiviti

Anak2U memudahkan guru-guru tadika membuat Rancangan Aktiviti melalui aplikasi guru, guru-guru boleh terus menulis Rancangan Pengajaran Aktviti serta laporan perkembangan pelajar di dalam aplikasi guru-guru dan sistem Anak2U.

Anak2U menyediakan templat-templat aktiviti yang guru-guru boleh gunakan untuk membuat RPA mereka atau terus boleh bermula dari templat kosong. Aktiviti-aktiviti yang dibina telah pun mengikut tunjang permata dan latihan-latihannya boleh terus dicetak dan diguna pakai.

Diharapkan perkongsian kali ini dapat mengajar pengusaha-pengusaha baru terutamanya tentang kepentingan menyimpan rekod taska dan bagaimana Anak2U boleh membantu mengdigitalkan penyimpanan rekod taska anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *


× How can I help you?
0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap