fbpx

Ajar anak puasa dengan cara seronok

Jika anda mencari bahan atau artikel bahasa Inggeris, boleh dapatkan di Kiddy2U – Ramadan Worksheet for kids.

Bulan ramadan bakal tiba, kali ini lebih mencabar kepada ibu-bapa kerana biasanya guru-guru di tadika atau taska membantu anak-anak memahami konsep ramadan, tetapi tahun ini tugas ini beralih kepada ibu-bapa. Di bulan Ramadan adalah elok jika kita dapat mengajar anak berpuasa dan kebaikan bulan Ramadan kepada mereka.

Puasa Sedikit demi sedikit

Bergantung kepada umur anak-anak, ibu-bapa boleh mengajar anak-anak berpuasa secara berperingkat, contohnya mulakan dengan berpuasa selama 1-2 jam, kemudian separuh hari, atau cuba menahan lapar dahulu sebelum puasa penuh.

Ibu-bapa boleh gunakan kalendar Anak2U sebagai motivasi anak-anak untuk mencapai sesuatu yang lebih baik dari hari sebelumnya, gunakan kalendar untuk mencatat pencapaian anak-anak contoh waktu berbuka setiap hari atau anak-anak berjaya puasa penuh.

Ajar Tentang Konsep Masa

Di bulan Ramadan ini anak-anak yang cuba berpuasa pastinya tidak sabar menunggu waktu berbuka puasa, ini merupakan waktu terbaik untuk melatih anak-anak mengenai konsep masa dan nombor. Anak-anak mungkin sering bertanya “lama lagi ke kita hendak berbuka”, gunakan peluang yang ada untuk mengajar anak-anak membaca waktu di jam, dan mengira berapa lama lagi sebelum waktu berbuka.

Untuk anak-anak yang berumur 5 tahun ke atas, boleh mula semaikan konsep waktu solat kepada mereka, contoh gunakan perkataan seperti ‘Baru Zohor, dalam 2 jam lagi Asar, kemudian baru Maghrib”.

Ajar anak-anak niat berpuasa dan doa berbuka puasa

Ambil kesempatan ini untuk mengajar anak-anak niat puasa. Mungkin boleh tampalkan poster yang Anak2U sediakan di meja makan ketika bersahur, ataupun sebelum mereka tidur malam.

Sudah pasti ibu-bapa boleh mengajar anak-anak niat berpuasa sebulan dahulu, dan kemudian boleh ajar anak-anak niat berpuasa setiap hari.

Untuk yang masih kecil boleh ajar niat puasa Bahasa Melayu, dan yang tua sedikit boleh ajar niat bahasa Arab.

Perbanyakkan amalan di bulan puasa

Bulan puasa ini lebih menarik kerana ia bermula dengan tempoh PKP, jadi cara kita mengajar pun berbeza juga. Contohnya amalan bersedekah mungkin kali ini boleh digantikan dengan memberi tips kepada penghantar-penghantar makanan yang membanting tulang membantu kita mendapatkan barang keperluan di musim PKP ini.

Ibu-bapa juga mungkin boleh anak-anak solat bersama-sama di rumah dan mengambil masa untuk mengaji surah sedikit demi sedikit sempena bulan Ramadan ini. Boleh gunakan aplikasi Anak2U untuk mengenalpasti penanda aras aktiviti-aktiviti ibadah yang boleh diajar pada umur tertentu, terutamanya untuk anak-anak berumur 5 tahun ke atas.

Bahan bacaan atau media bertemakan puasa

Jika kita ingat dahulu-dahulu kita boleh tonton rancangan Jejak Rasul di television, kali ini, dengan teknologi lebih menarik kerana banyak bahan-bahan boleh didapati di Youtube, seperti dari Omar Hana, Upin Ipin dan ada yang dari seberang juga.

Jika ada kesempatan boleh dapatkan bahan bacaan kepada anak-anak, ajari anak-anak kosa kata yang berkaitan dengan bulan ramadan seperti : sedekah, tarawih, nuzul dan bagi anak-anak yang lebih besar boleh ceritakan tentang peristiwa-peristiwa bersejarah di bulan Ramadan.

Dan bagi ibu-bapa yang mempunyai langganan Anak2U boleh terus lihat di tema Ramadan yang Anak2U sediakan, pelbagai aktiviti menarik bertemakan bulan Ramadan bukan sahaja fokus kepada rohani dan amalan, malah, kreativiti, bahasa, matematik , sains awal dan sebagainya.

Boleh terus daftar akaun preview Anak2U atau hubungi kamu untuk dapatkan akaun penuh.

4 thoughts on “Ajar anak puasa dengan cara seronok”

Comments are closed.

× How can I help you?
60 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap