Musim PKP ini nampak gayanya ibu-bapa memainkan peranan untuk mengambil alih sebentar tugas guru-guru agar pembelajaran dan perkembangan anak-anak diteruskan. Untuk pengetahuan ibu-bapa, bukan sahaja pengajaran diperlukan untuk perkembangan fizikal dan emosi juga.
Ibu-bapa boleh menggunakan senarai semak yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengenalpasti sekiranya anak-anak mereka telah mencapai senarai semak mengikut umur mereka :
Pencapaian untuk 5 tahun
- Mengenal pasti dan menceritakan pengalaman emosi yang melibatkan perasaan gembira, sedih, takut,
marah atau malu. - Menyatakan emosi mengikut situasi.
- Mengurus emosi dengan memilih tindakan yang sesuai
Pencapaian untuk 6 tahun
- Mengenal pasti emosi orang lain berdasarkan tingkah laku yang ditunjukkan.
- Mengenal pasti emosi orang lain berdasarkan pernyataan perasaan atau peristiwa yang telah berlaku.
- Membezakan emosi antara individu dalam situasi yang tertentu.
- Menyatakan cara mengurus emosi secara positif dalam situasi yang tidak menyenangkan.
Kami ingin berkongsi kad emosi Anak2U yang boleh digunakan oleh ibu-bapa mengajar emosi kepada anak-anak anda. Antara aktiviti-aktiviti yang anda boleh lakukan dengan kad ini ialah :
Cadangan aktiviti pertama - Teka emosi saya
- Aktiviti boleh dilakukan bersama adik-beradik dan penjaga, mula-mula telekupkan kad emosi diri.
- Setiap pemain mengikut giliran mengambil salah satu kad emosi diri. Pemain cuba membuat mimik muka menggambarkan emosi diri yang dimaksudkan di dalam kad.
- pemain-pemain lain cuba meneka emosi apa yang cuba lakukan.
Cadangan aktiviti kedua - Mencari pasangan (Memory game)
- Untuk aktiviti ini, sepasang kad emosi diri diperlukan. Ibu bapa menelekup kad emosi diri di atas meja.
- Pelajar cuba mencari pasangan kad emosi diri, tetapi hanya dibenarkan membuka dua kad pada satu masa.
- Ibu-bapa digalakkan berkomunikasi dengan anak-anak sepanjang aktiviti ini, contoh: “Mana kad marah”, “Kad apa ni?”, “Cari kad apa?”.
Cadangan aktiviti ketiga - "Happy Family"
- Aktiviti boleh dilakukan bersama adik-beradik dan penjaga, empat kad yang sama diperlukan.
- Setiap pemain akan mendapat kad, dan cuba melengkapkan 4 kad emosi diri, seperti permanian Happy Family dengan meminta kad yang diperlukan kepada pemain lain.
- Pemain tidak boleh menyatakan nama kad, sebaliknya harus berlakon atau memberi mimik muka untuk kad yang dimaksudkan .
Anda ada aktiviti lain yang boleh dikongsikan dengan kad ini ?
Kongsikan kepada kami di
Facebook: @anak2uofficial
Twitter:@anak2uofficial
Instagram: @anak2uofficial
Selain aktiviti kad emosi, Anak2U menyediakan pelbagai aktiviti berkaitan emosi diri yang telah dimuatnaikkan di dalam latihan bertema kami. Seperti biasa, ibu-bapa yang ada akaun boleh kongsikan kepada anak-anak bagi mereka yang memerlukan akaun boleh terus hubungi kami untuk dapatkan akaun persendirian atau melalui tadika dan taska anak.
Atau terus Whatsapp: https://wa.me/601131248902
Mana lengkap pembelajaran tentang emosi diri tanpa menyanyikan lagi Kalau rasa gembira kan?