Lembaran kerja pelajaran Sains oleh Anak2U untuk minggu ini adalah Memadankan & Mewarnakan nama yang betul mengikut gambar yang diberi.
Sesuai untuk kanak-kanak berumur 4-5 tahun.
Cadangan Aktiviti:
1) Cetakkan lembaran kerja ini.
2) Mengajar mereka mengenalpasti gambar mainan yang diberi.
3) Kemudian, diikuti dengan mewarnakan nama mengikut gambar mainan yang diberi dengan betul.
Objektif Pembelajaran:
Tahun 4++
SA 2.2.1 Membanding dan membeza objek-objek mengikut satu ciri:
(i) warna
(ii) bentuk
(iii) saiz
(iv) tekstur
(v) berat
Tahun 5++
SA 2.2.2 Membanding dan membeza objek-objek yang mempunyai dua ciri yang sama
SA 2.2.3 Mengumpul objek mengikut ciri yang dikenal pasti
SA 2.2.4 Menyatakan ciri sepunya untuk setiap pengelasan yang telah dibuat