Aktiviti : Mengenalpasti struktur tumbuh-tumbuhan

Aktiviti : Mengenalpasti struktur tumbuh-tumbuhan

Lembaran kerja pelajaran Sains oleh Anak2U untuk minggu ini adalah Mengenalpasti Struktur Tumbuh-Tumbuhan.

Sesuai untuk kanak-kanak berumur 4-5 tahun.

Cadangan Aktiviti:

1) Cetakkan lembaran kerja ini.
2) Mengajar anak-anak membuat penerokaan ke atas tumbuh-tumbuhan tersebut.
3) Kemudian, diikuti dengan memadankan bahagian-bahagian tumbuhan dengan betul.

Objektif Pembelajaran:

Tahun 4++
SA 3.4.1 – Mengenalpasti bahagian tumbuhan: (i) daun, (ii) batang, (iii) akar, (iv) bunga, (v) buah
SA 3.4.2 – Membandingkan bahagian tumbuhan berdasarkan ciri berikut: (i) warna, (ii) saiz, (iii) bentuk
SA 3.4.3 – Memerhati dan menamakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang biasa dijumpai
SA 3.4.4 – Menyatakan keperluan tumbuhan untuk hidup melalui pemerhatian

Tahun 5++
SA 3.4.5 – Memerhati dan mengumpulkan bahagian tumbuhan berdasarkan ciri berikut: (i) warna, (ii) saiz, (iii) bentuk, (iv) tekstur
SA 3.4.6 – Mengelaskan tumbuhan berdasarkan ciri tertentu
SA 3.4.7 – Memerhati dan merekodkan proses percambahan dan pertumbuhan biji benih

Leave a Reply

Close Menu
Bitnami