fbpx
people, children, child

Kepentingan nilai murni dalam kalangan anak-anak

Pengamalan nilai murni sangat penting kerana masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Hormat menghormati bermaksud saling memberi hormat pada orang lain dengan memberi layanan yang sopan kepada orang yang lebih tua sebagai contoh ibu bapa atau guru.

Tetapi, penerapan nilai murni ini masih rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain. Jadi, sebagai ibu bapa sudah menjadi tanggungjawab anda untuk mendidik dan memupuk nilai murni dalam diri anak-anak.

Antara peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa ialah menunjukkan tauladan yang baik pada anak-anak anda. Hal ini kerana ibu bapa adalah merupakan rujukan yang pertama pada anak-anak dalam membentuk sahsiah diri apabila mereka semakin membesar.

Namun, masih terdapat dalam kalangan ibu bapa yang tidak berusaha untuk menunjukkan tauladan yang baik kepada mereka. Antara contoh yang boleh dilakukan oleh para ibu bapa untuk memupuk nilai murni ialah dengan sentiasa ziarah-menziarahi saudara-mara di kampung. Hal ini kerana, anak-anak akan mengetahui tentang kepentingan hormat terhadap masyarakat sekeliling.

Selain itu, ibu bapa menggalakkan anak-anak untuk menyertai pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Hal ini bertujuan kerana secara tidak langsung nya akan mewujudkan sikap prihatin dan hormat terhadap orang lain. Sebagai contoh, galakkan mereka menyertai aktiviti bergotong-royong.

Aktiviti ini akan mewujudkan perasaan penerimaan antara satu sama lain dan akan membentuk sikap hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat. Dengan aktiviti ini juga dapat memberi kesedaran kepada mereka bahawa pentingnya nilai ini terutamanya semasa berinteraksi dengan masyarakat pelbagai kaum.

team spirit, cohesion, together

Tambahan pula, ibu bapa juga harus memberi peranan dalam memberi didikan agama kepada anak-anak untuk memupuk dan menerapkan nilai murni dalam diri mereka. Didikan dan asuhan agama ini sangatlah penting dan perlu diterapkan sejak mereka kecil lagi. 

Ibu bapa juga boleh menghantar mereka untuk mendalami tentang ilmu agama supaya mereka dapat menjadi insan yang lebih baik. Oleh itu, didikan agama juga sangat penting dalam menerapkan dan memupuk nilai murni dalam diri mereka. 

Kesimpulannya, dalam memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak tidak boleh dipandang remeh. Ibu bapa juga merupakan watak yang sangat penting dalam memupuk sahsiah yang baik pada anak-anak. 

Peranan yang dimainkan oleh anda sangat penting dan akan memberi impak yang sangat besar dalam pembentukan nilai murni anak-anak. Tambahan lagi, ibu bapa harus menitikberatkan bahawa anak-anak sangat memerlukan perhatian dalam hal seperti ini. 

Oleh kerana demikian, ibu bapa perlu memupuk dan menerapkan nilai murni pada anak-anak agar mereka sedar bahawa nilai ini sangat penting untuk menjadi insan yang lebih baik. 

× How can I help you?
1 Share
Share via
Copy link
Powered by Social Snap