fbpx

Ada bahaya yang tanpa kita sedar apabila berkongsi gambar anak di media sosial

Keterujaan ibubapa yang menjadikan memuatnaik gambar anak-anak mereka di media sosial sebagai ‘hobi’ boleh mengundang padah. Tanpa kita sedar apabila gambar anak dimuatnaik ke laman internet, semua orang akan dapat akses kepada gambar-gambar tersebut.Β 

Dalam tak sedar, anak anda mungkin boleh terdedah kepada risiko bahaya dan jenayah seksual disebabkan ada kecenderungan pihak yang menyalahgunakan gambar-gambar tersebut. Ibubapa mungkin ingin berkongsi tentang perkembangan anak-anak mereka tetapi tanpa mereka sedar, berkemungkinan gambar anak-anak mereka dimuatnaikkan dalam halaman seks pedofil.Β 

Para ibubapa tidak boleh memastikan sesiapa yang ada akses kepada gambar-gambar yang telah dimuatnaik terutamanya dengan adanya fungsi ‘screenshot’ pada setiap telefon bimbit. Sebaik sahaja gambar kanak-kanak ini tersebar luas di media sosial oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, ia akan menjadi sukar untuk mencari asal-usulnya.Β 

Walaupun ibubapa mengambil langkah yang berjaga-jaga dengan menghadkan sesiapa yang boleh melihat gambar itu, tapi anda masih tidak akan diberi jaminan bahawa gambar anak-anak yang telah dimuatnaik itu selamat. Jadi, sebagai ibubapa zaman canggih sekarang, peranan anda sangat penting untuk melindungi privasi anak-anak anda dengan tidak memuatnaik gambar atau sebarang perkembangan tentang anak-anak anda ke media sosial.Β 

Cukuplah sekadar berkongsi bersama ahli keluarga yang terdekat dan juga simpan sebagai kenangan.

Please share this

Leave a Reply

Close Menu