fbpx
rukun islam ada berapa? rukun iman

Rukun Islam Ada Berapa? Jom Fahami Rukun Islam?

Memahami Rukun Islam

Rukun Islam merupakan asas kepada pembangunan umat islam sejagat. Oleh itu, pengamalam rukun islam sangat dituntut bagi memastikan seseorang Muslim berlandaskan amalan yang dituntut Allah SWT.

Rukun Islam Ada Berapa?

Menurut hadis ketiga daripada himpunan hadis Arba’in susunan Imam Nawawi:

عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ: ” بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلَاةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَحَجِّ الْبَيْتِ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ”. رواه البخاري ومسلم

Daripada Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar Radhiallahu ‘anhuma, berkata: Aku telah mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: ‘Islam itu didirikan atas lima (perkara) – Menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan puasa di bulan Ramadhan.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut Hadis di atas, rukun islam terdiri daripada lima perkara; iaitu:

Aktiviti : Memahami Rukun Islam

aktiviti ibu bapa pelajar rukun islam
Lembaran Kerja Pelajaran Pendidikan Islam Oleh Anak2U Untuk Minggu Ini Adalah Memahami Rukun Islam.

Sesuai untuk kanak-kanak berumur 4-5 tahun.

Objektif Pembelajaran:

Tahun 4++

PI 2.5.1 Menyebut Rukun Islam:
(i) mengucap dua kalimah syahadah
(ii) menunaikan solat lima waktu
(iii) berpuasa di bulan Ramadan
(iv) mengeluarkan zakat (v) menunaikan haji

Objektif Pembelajaran:

Tahun 5++

PI 2.5.2 Bercerita tentang amalan Rukun Islam dalam kehidupan.

Cadangan Aktiviti:

1) Cetakkan lembaran kerja ini.
2) Hubungkan gambar dengan rukun Islam yang betul.
3) Kemudian, diikuti dengan membaca rukun-rukun Islam tersbebut mengikut turutan.

aktiviti rukun islam kanak-kanak

Lebih banyak aktiviti serta lembaran kerja boleh didapati di Aplikasi Anak2U. Anda hanya perlu muat turun Aplikasi Anak2U di Google Play atau Appstore dan hubungi kami untuk mendapatkan akaun untuk tadika dan taska anda.

anak2U app
Dapatkan Sistem Pengurusan Tadika/Taska Anak2U Untuk Memudahkan Tugasan Harian Anda
  1. Daftar Anak2U di sini: https://dashboard.anak2u.com.my/homeschool/register
  2. Muat turun aplikasi Anak2U
  3. Login menggunakan akaun yang telah didaftarkan
Scroll to Top
0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap