fbpx

5 Kesilapan pemasaran online tadika dan taska

Dengan sesi baru pembelajaran yang akan bermula, pengusaha tadika dan taska sudah mula mempromosikan institusi mereka secara online ataupun secara offline , contohnya menggunakan bunting, mengajurkan hari terbuka dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, kami dapati ada pengusaha tadika dan taska yang masih belum menguasai teknik pemasaran tadika dan taska secara atas talian dengan berkesan. Mengikut kajian, 70% golongan zilienials akan melakukan ‘research’ secara atas talian sebelum membuat keputusan memilih tadika taska anak-anak mereka.

Di sini kami kongsikan antara kesilapan yang kami perhatikan apabila pengusaha melakukan promosi atas talian, untuk tuan puan terus periksa dan perbaiki jika terdapat kesilapan yang dilakukan

1) Maklumat tidak lengkap di Google Place

Tuan Puan boleh cuba cari tadika atau taska tuan puan dan lihat jika maklumat boleh ditemui di Google Place. Google Place adalah laman web informasi yang ibu-bapa dapat lihat apabila carian tadika atau taska dilakukan di Google Maps.

Antara kesilapan yang selalu kami temui adalah:

a) Tidak mempunyai maklumat no telefon bimbit, biasanya ibu-bapa lebih mudah menghubungi telefon bimbit melalui aplikasi Whatsapp.
b) Tiada maklumat waktu buka dan tutup
c) Tiada maklumat laman web
d) Tidak mempunyai gambar tadika dan taska.
60% ibu-bapa menggunakan internet untuk melakukan ‘survey’ awal mereka amatlah penting laman Google Place anda mempunyai informasi yang penuh. Bagi tadika dan taska yang tidak mempunyai laman web, boleh gunakan laman web tadika atau taska anda di Explore Anak2U atau hubungi Anak2U

contoh maklumat google place tidak lengkap
Contoh maklumat google place tidak lengkap

2) Tidak menggunakan produk google my business

Google mempunyai produk yang dipanggil Google My Business yang membolehkan Tuan Puan mendapat maklumat statistik carian tadika dan taska Tuan Puan, membalas komen yang ditinggalkan oleh pengguna, menjawab persoalan ibu-bapa dan sebagainya. Kami dapati banyak tadika dan taska yang tidak menggunakan produk Google My Business, untuk dapatkan Google My Business Mudah sahaja, hanya tekan butang Own this business? di laman Google Place anda.
Statistik dan Maklumat di Google My Business
Statistik dan Maklumat di Google My Business

3) Konfius antara Facebook Page dan Facebook akaun

Didapati ada pengusaha tadika dan taska yang konfius antara Facebook page dan Facebook akaun. Tadika atau taska anda perlu mempunyai Facebook Page, ini amat berbeza dengan Facebook akaun. Facebook page akan membolehkan:

a) Anda mempunyai ‘fan’ dan ‘fan’ anda tidak akan terhad, berbanding dengan Facebook akaun yang hanya menghadkan rakan Facebook kepada 5000 orang.

b) Membina ‘Event’, sekiranya anda ingin menganjurkan ‘offline marketing’, seperti Hari sukan, hari terbuka, lawatan dan sebagainya. Bukan sahaja fan anda akan mendapat notifikasi, malah pengguna setempat di kawasan anda juga akan mendapat maklumat melalui fungsi ‘Event near you’

c) Menguruskan iklan tadika dan taska sekiranya Tuan Puan mempunyai bajet untuk membuat iklan.

Fungsi Event di Facebook Page
Fungsi Event di Facebook Page

4) maklumat tidak lengkap di instagram

Jika anda mempunyai Instagram, tahniah! Instagram merupakan media sosial utama terutamanya untuk ibu-bapa yang berumur 23-27 tahun (Zilineals). Namun kami dapati banyak akaun Instagram yang mempunyai maklumat yang tidak lengkap, terutamanya no telefon dan alamat. Maklumat yang dikemasikini di sini akan membantu anda mendapat ranking yang tinggi di Google Maps . ( Local Search Optimization)

Cara untuk kemaskini maklumat Instagram
Cara untuk kemaskini maklumat Instagram

5) Konfius antara aplikasi dan sistem tadika

Ramai tadika dan taska tidak mempunyai aplikasi untuk tadika dan taska mereka. Ada pengusaha yang konfius antara aplikasi dan sistem tadika. Berdasarkan survey kami, ibu-bapa yang berumur antara 25-35 tahun inginkan ‘update’ anak-anak mereka secepat mungkin melalui aplikasi telefon berbanding web.

Aplikasi tadika dan taska membolehkan pengusaha :

  • Menghantar pengumuman dan ibu-bapa akan dapat notifikasi seperti Whatsapp.
  • Menghantar gambar dan aktiviti kepada anak-anak mereka secara lebih privasi berbanding perkongsian di dalam Whatsapp atau media sosial.
  • Mendapat maklumat perkembangan anak-anak mereka dengan mudah.
  • Memori perkembangan anak-anak mereka

Anak2U mempunyai pakej berbeza untuk anda memiliki aplikasi di dalam tadika dan taska anda, sama ada menggunakan aplikasi Anak2U atau aplikasi berjenama sendiri (lebih premium). Dengan penggunaan Anak2U, i juga membolehkan pengusaha tadika dan taska mengambil keuntungan di dalam yuran ibu-bapa. Hubungi kami untuk maklumat lanjut

Dari 5 senarai ini, adakah Tuan Puan membuat kesilapan yang sama? Tuan Puan masih boleh membaiki masalah yang dihadapi dan diharapkan dapat membantu bilangan pelajar yang akan mendaftarkan diri di tadika dan taska Tuan Puan. Kami juga boleh membantu anda untuk memeriksa strategi Marketing anda dan jika ada apa-apa rekomendasi untuk perbaiki marketing anda 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top
0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap