5 Aktiviti alternatif untuk meransang kreativiti anak-anak

5 Aktiviti alternatif untuk meransang kreativiti anak-anak

Jika Tuan Puan mempunyai akses ke aplikasi Anak2U, Tuan Puan boleh dapatkan aktiviti mewarna yang kami kongsikan dalam aktiviti bertema. Aktiviti ini boleh meransang kreativiti anak-anak, tetapi mungkin anak-anak cepat bosan jika kita sering mengulang aktiviti yang sama.

Kami kongsikan aktiviti-aktiviti lain yang boleh diolahkan daripada aktiviti mewarna kami supaya aktiviti dapat dipelbagaikan, dan meransang kreativiti anak-anak dengan pelbagai cara.

aktiviti mewarna anak2u
sampul duit raya anak2u

Aktiviti Membina Kolaj dari kertas warna

Ibu-bapa boleh mempelbagaikan aktiviti dengan menyediakan kertas berwarna dan gam untuk anak-anak membina kolaj dari gambar-gambar yang disediakan oleh Anak2U.

Ibu-bapa mempunyai pilihan sama ada meminta anak-anak mengguntingkan kertas warna mengikut bentuk, ataupun mencarik kertas secara kecil-kecil. Kedua-dua aktiviti ini penting untuk menajamkan motor halus anak-anak. 

aktiviti kolaj untuk anak-anak

 

‘Sand Art’ buatan sendiri.

Baru habis musim raya, pasti ibu-bapa ada lebihan bahan masakan kuih raya. Bagi ibu-bapa yang mempunyai bahan pewarna dan garam halus di rumah, boleh lakukan aktviti sand art bersama anak-anak. Kos untuk menghasilkan sand art tidak mahal, hanya perlukan garam halus dan pewarna makanan. Sand Art juga merupakan aktiviti yang baik, dapat meransang motor halus anak-anak, kreativiti anak-anak melalui pemilihan warna dan koordinasi mata dan tangan.

Kami sertakan video untuk menghasilkan sand art sendiri jika ibu bapa ingin melakukan aktiviti ini di rumah.
water art class

Warna Air berdasarkan kreativiti masing-masing

Ibu-bapa boleh lakukan aktiviti mewarna air bersama anak-anak. Untuk anak-anak yang kecil, ibu-bapa boleh beri kebebasan untuk anak menconteng-conteng menggunakan warna air, dalam kata lain tak perlu menghasilkan lukisan yang ‘perfect’.

 Contoh gambar di bawah dilakukan oleh pelajar-pelajar di Jump and Jives Junior, salah sebuah pusat perkembangan kanak-kanak yang melakukan aktiviti-aktiviti kreativiti anak-anak. Mereka sekarang sedang anjurkan Virtual class jadi ibu-bapa yang berminat boleh terus hubungi mereka, maklumkan yang Ibu-bapa dapat tahu dari kami ye!

 

art class by jump and jives
menggunakan bahan terbuang
use recycle material to instill creativity

Latihan kraf menggunakan bahan terbuang

Jika ibu-bapa mempunyai masa yang terluang boleh dapatkan bahan-bahan terbuang, seperti kotak, botol, kapas, pinggan kertas, cawan kertas dan hasilkan hasil-hasil kraf menggunakan bahan-bahan terbuang ini.

Contoh di atas adalah hasil yang kami dapati di Google bagaimana pelajar-pelajar boleh cuba lakukan. Untuk aktiviti seperti ini boleh gunakan gambar-gambar mudah dari Anak2U seperti gambar pokok bunga, gambar kasut (Tema kasut sekolah saya) atau gambar di tepi pantai (Tema Air)

anak2u access kindergarten management system
cara mudah daftar Anak2U

Untuk ibu-bapa atau guru-guru yang tidak mempunyai akses ke Anak2U, kami menyediakan pelbagai pakej berbeza kepada guru-guru, ibu-bapa atau pihak sekolah. Ibu-bapa boleh terus daftar dan dapatkan akaun percuma. Terus hubungi kami untuk dapatkan akaun penuh Anak2U.

Leave a Reply