fbpx
steinbach, mennonite heritage village, manitoba

Langkah menguruskan kelas secara online

Dunia dikejutkan dengan fenomena wabak Covid-19, menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diutuskan oleh kerajaan. Pengusaha tadika dan taska perlu ditutup, namun pada masa yang sama pembelajaran anak-anak perlu dilakukan.

Dalam waktu ini institut pengajian, dari tadika dan taska sehinggalah ke Institut Pengajian Tinggi diuji dengan kebolehan mereka mengadakan sesi pembelajaran dan pengajaran secara atas talian.

Cabaran untuk semua adalah mengenal-pasti “digital readiness” masing-masing. Bersediakah tadika dan taska menjayakan pendidikan secara atas talian? Apakah strategi yang pengusaha dan guru-guru boleh lakukan untuk memastikan pembelajaran dilaksanakan seperti biasa?

Pengganti Zoom untuk video conference call

Untuk pengajaran dan pembelajaran untuk peringkat tinggi (Sekolah Menengah ke atas), pengajaran atas talian menggunakan kaedah remote learning : rakaman video, menggunakan perisian video-conference seperti Zoom, Google Hangout atau Microsoft Team boleh dilakukan.

Cabaran buat pengusaha tadika dan taska, pengajaran dilakukan kepada ibu-bapa untuk disampaikan kepada anak-anak mereka.

Guru-guru boleh memberi latihan harian dalam bentuk lembaran kerja atau video yang boleh ibu-bapa lakukan bersama anak-anak mereka. Untuk ibu-bapa yang mempunyai akses printer mereka boleh terus cetak latihan yang diberikan.

Bagi mereka yang tidak mempunyai akses printer, ianya tidak menghalang untuk ibu-bapa melakukan latihan bersama anak-anak mereka. Mereka hanya perlu dapatkan kertas kosong dan salin semula latihan yang diberi sebelum diberikan kepada anak-anak mereka.

Penjaga seterusnya boleh berkongsi gambar hasil kerja mereka kepada guru, pastikan komunikasi secara dua hala diwujudkan antara guru -> penjaga -> guru semula.

Pembelajaran juga tidak semestinya berdasarkan lembaran kerja semata-mata, guru boleh berkongsi permainan berbentuk digital kepada ibu-bapa. Tidak dapat dinafikan, anak-anak akan menghabiskan masa bermain telefon ibu-bapa mereka, jadi guru-guru boleh berkongsikan video-video berbentuk pendidikan atau permainan berbentuk pendikan kepada ibu-bapa. Anak2U contohnya mempunyai aplikasi pendidikan Mari membaca dan Mari Membaca bacaan Solat dan Surah yang boleh dikongsikan kepada ibu-bapa.

Guru-guru mungkin boleh memberi tips kepada ibu-bapa untuk semak perkembangan anak-anak mereka. Contohnya untuk anak-anak 3 ke 4 tahun mungkin guru-guru boleh berkongsi senarai semak dan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan

Cabaran seterusnya adalah mencari medium yang sesuai untuk komunikasi yang berkesan. Contohnya jikalau komunikasi menggunakan Whatsapp, adakah ia benar-benar berkesan? Video yang dikongsi mungkin bersaiz besar, ibu-bapa mungkin akan mempunyai soalan-soalan yang berkaitan menyebabkan komunikasi awal terganggu.

Anak2U merupakan salah satu cara untuk menguruskan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah dan juga secara atas talian. Dengan Anak2U guru boleh berkomunikasi dengan penjaga sepanjang tempoh kawalan pergerakan, dan seterusnya boleh digunakan setelah tamat tempoh PKP.

  1. Perkongsian pengumuman video dan latihan secara digital kepada ibu-bapa.
  2. Bagi guru yang tidak mempunyai akses ke bahan bantuan mengajar, guru boleh memilih dari latihan bertema Anak2U. Terdapat lebih dari 100++ latihan bertema terdapat di dalam aplikasi.
  3. Anak2U juga mempunyai latihan-latihan yang disediakan oleh partner kami, seperti LearningboxKids yang mempunyai latihan menggunakan sistem UK English.
  4. Komunikasi mudah dari guru ke penjaga dan seterusnya penjaga ke guru semula.

Tambahan pula, bagi membantu tadika dan taska yang terkesan dengan PKP, Anak2U memberi penggunaan percuma sepanjang tempoh PKP.

Apa yang penting juga ialah pengusaha taska dan tadika meneruskan proses digitalisasi taska dan tadika selepas tempoh PKP. Contoh laporan-laporan pelajar, pengumuman, bil dan invois boleh dijalankan secara atas talian dan menggunakan sistem dan aplikasi.

Ia dapat mengurangkan kos, contoh kos buku log, kos buku laporan, resit malah pengurusan lebih efisien.

1 thought on “Langkah menguruskan kelas secara online”

Comments are closed.

× How can I help you?
46 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap