fbpx

Aplikasi terbaharu! Mari Belajar Membaca : Anak2U

Ibu-bapa di luar sana pasti risau jika anak-anak kerap bermain telefon pintar, terutamanya anak-anak di bawah tujuh tahun. Nak main telefon pintar boleh, tapi alangkah bagusnya jika aplikasi yang dimainkan itu boleh mengajar anak-anak pada masa yang sama.

Menyedari bahawa kurangnya aplikasi dan alat bantu mengajar digital di dalam Bahasa Melayu, kami menyediakan aplikasi Mari Membaca Anak2U sesuai untuk anak-anak 4 ke 6 tahun digunakan untuk mengajar anak-anak perkataan-perkataan asas.

Ibu-bapa yang berada di rumah juga digalakkan mempelajari asas-asas suku kata supaya dapat menggalakkan perkembangan anak-anak.

  1. KV + KV – Suku kata terbuka, contohnya bola, saya, suka.
  2. KV + KV + KV – Gabungan tiga suku kata terbuka, kepala, kelapa, cahaya.
  3. KVK – Suku kata tertutup – Kek, bas, pen.
  4. V + KVK – Vokal + Suku kata tertutup – Emak, Ikan, Ulat.
  5. KV + KVK – Suku kata terbuka + Suku kata tertutup – Belon, Kasut, Rumah.
  6. KVK + KV – Suku kata tertutup + Suku kata terbuka – Jambu, Lampu. Pintu.
  7. KVK + KVK -Suku kata tertutup + Suku kata tertutup – Biskut, Kertas, Rambut

Latihan-latihan yang disedikan dalam aplikasi ini telah disusun mengikut Senarai Semak Perkembangan Bahasa Kanak-kanak. Jadi bolehlah ibu-bapa menggunakan aplikasi ini dengan memperkenalkan perkataan-perkataan mengikut kumpulannya dahulu.

Terima kasih juga kepada mereka yang telah mencuba aplikasi ini dan memberikan maklum-balas positif dan cadangan. Insya Allah kami akan adakan dalam versi yang akan datang

Terdapat juga update terkini yang menarik yang boleh digunakan oleh ibubapa yang sudah memuat turun aplikasi Mari Belajar Membaca iaitu kami telah membangunkan satu fungsi pembelajaran AR. Dengan menggunakan aplikasi ini, halakan camera kepada poster Alphabet kami dan tulisan serta objek akan terpapar di dalam aplikasi di ikuti dengan sebutan yang betul.

Dengan fungsi terbaru kami ini, kanak-kanak lebih tertarik untuk belajar. Poster tersebut boleh didapati di laman web Shoppe Anak2U. Boleh klik di sini bagi mendapatkan poster berkualiti tinggi ini dengan harga yang berpatutan.

Scroll to Top
28 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap