fbpx

Tahukah anda apa itu EdTech?

EdTech merujuk kepada aplikasi, sistem atau perisian yang direka untuk membantu pengajaran guru-guru di bilik darjah serta meningkatkan hasil pendidikan pelajar. EdTech merupakan satu bidang yang masih di peringkat awal dan mempunyai potensi perkembangan yang besar di masa hadapan. Ia adalah singkatan “Education” dan “Technology”

Bidang bidang EdTech

Antara sub-kategori EdTech adalah seperti berikut:

Penggunaan teknologi canggih dalam pendidikan –

  • Teknologi pendidikan awal
  • Pengaturcaraan dan Teknologi
  • STEM
  • Sistem Pembelajaran
  • Pembelajaran Sosial dan Emosi
  • Pembelajaran Bahasa menggunakan teknologi
  • Kelas atas talian

Syarikat-syarikat EdTech di Dunia

Terdapat beberapa syarikat EdTech dan ada di antara mereka yang telah mencapai tahap Unicorn. Syarikat Unicorn bermaksud syarikat itu telah mencapai penilaian $1 billion oleh pelabur.

Coursera

Coursera adalah platform pembelajaran dalam talian Amerika yang diasaskan oleh profesor Stanford yang menawarkan kursus dalam talian terbuka (MOOC)

Coursera bekerjasama dengan universiti dan organisasi lain untuk menawarkan kursus, pengkhususan dan darjah dalam pelbagai subjek, seperti kejuruteraan, kemanusiaan, perubatan, biologi, sains sosial, matematik, perniagaan, sains komputer, pemasaran digital, sains data, dan lain-lain .

Dengan menggunakan Coursera, pelajar-pelajar di seluruh dunia dapat mempelajari pelajaran yang diajar oleh universiti terlibat.

https://www.coursera.org/

Udemy

Udemy.com adalah platform pembelajaran dalam talian terbesar di dunia. Ia bertujuan untuk orang dewasa dan pelajar profesional dan sesiapapun boleh membina video pembelajaran menggunakan Udemy, tak semestinya video kelas, boleh jadi hobi seperti belajar melukis, bermain alatan muzik dan sebagainya. Udemy mempunyai lebih daripada 40 juta pelajar yang mempunyai akses kepada lebih 30 juta minit kandungan pada Udemy. Lebih daripada 50,000 pengajar mengajar 130,000 kursus dalam lebih dari 60 bahasa. Anda pun boleh buat video anda sendiri!

https://www.udemy.com/

ByJu

ByJu merupakan syarikat dari India yang menyediakan penyediaan peperiksaan untuk pelajar-pelajar mereka mengambil peperiksaan di India seperti IIT-JEE, NEET, CAT, IAS serta untuk peperiksaan antarabangsa seperti GRE dan GMAT. Menariknya syarikat ini menyediakan bahan pembelajaran untuk seawal tahun satu (Darjah satu0 hingga tahun 12 (SPM). BYJU berjalan dengan model freemium di mana akses percuma ke kandungan terhad kepada 15 hari selepas pendaftaran. Shah Rukh Khan pun merupakan duta produk mereka.

https://byjus.com/

RuangGuru

Dekat sahaja di negara jiran, ada aplikasi education terbesar di negara mereka, ruang guru. Ia merupakan aplikasi yang membolehkan pelajar-pelajar mengikuti pembelajaran yang direka khas oleh guru-guru di Indonesia. Aplikasi ini menyediakan soalan, latihan, video, animasi, infographics untuk kemudahan pelajar.

https://bimbel.ruangguru.com

Pada pendapat anda, aplikasi Edtech apa yang masih belum ada, dan sesuai dibangunkan oleh sesebuah syarikat, terutamanya untuk pasaran di Malaysia dan global?

× How can I help you?
0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap