fbpx
read, books, lawn

Adakah anak anda sudah mula mempelajari sains?

Walaupun mereka belajar mengira atau membaca, mempelajari sains juga sebahagian daripada sebuah proses sepanjang hayat. Ia juga dapat memberikan banyak manfaat pada kanak-kanak. Mereka juga digalakkan untuk mendalami secara keseluruhan mengenai apa yang mereka lihat.

Selain itu juga bertanyakan soalan yang berkaitan, dan mereka juga dapat mengulangi pengalaman tersebut serta mereka akan berfikir secara automatik mengenai bagaimana sesebuah kejadian itu berlaku. Melalui pembelajaran sains juga kanak-kanak akan didedahkan untuk membentuk strategi, yang dapat membantu mereka bereksplorasi serta memahami tentang dunia, alam, dan sosial di sekitar kita.

Jika kita tidak mendedahkan tentang pembelajaran sains awal-awal bagi kanak-kanak, kita seolah-olah memberi gambaran kepada mereka bahawa pembelajaran sains itu adalah sukar. Pelbagai konsep sains yang kanak-kanak boleh peroleh tentang mempelajari pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran awal sains kepada kanak-kanak yang bersesuaian dengan tahap mereka.

Pendedahan kanak-kanak kepada aktiviti sebelum eksperimen yang semuanya adalah berkaitan dengan sains, juga akan mendedahkan mereka untuk membincang idea-idea serta dapat bertanyakan soalan dan mencari jawapan yang merangkumi dengan mana-mana kurikulum dan pendidikan awal kanak-kanak.

Jadi, pendidik juga perlu memainkan peranan dalam membantu kanak-kanak menguasai kemahiran saintifik menyediakan peluang-peluang yang membolehkan kanak-kanak meneroka dan mempelajari dengan lebih luas tentang sains.

Dengan adanya pembelajaran sains kanak-kanak, mereka akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti sains dan pengalaman yang menarik yang bersesuaian dengan kanak-kanak pada masa hadapan.

× How can I help you?
0 Shares
Share via
Copy link
Powered by Social Snap