Aplikasi tadika taska untuk ibu-bapa

Aplikasi tadika taska untuk ibu-bapa

Review diberi oleh Puan Wawa Shauqi dari The Parenting Pro . Terima kasih atas review yang diberi

Ya Allah… seronoknya jadi mak pak zaman sekarang. Banyak sangat ciptaan kreatif orang yang memudahkan kerja kita seharian.

Saya ni jenis mak yang kalau boleh nak selidik progres anak dari segala segi. Bukan takat akademik je.

Nak tau jugak, ok tak dia bila respon dengan cikgu.
Apa tindakan dia kalau ada kawan yang menangis?
Nak ke dia terlibat dalam aktiviti dengan kawan.

Bila tau semua tu, senang jugalah kita nak topup mana bahagian yang anak lemah. Takkan kita nak ambil tau bahagian IQ je kan. EQ lagilah penting. Baru kita boleh selidik tahap daya tahan anak kita.

Tapi itulah. Nak meet kehendak kita dengan sistem, memang payah. Kalau melebih demandnya, pening juga pihak sekolah nak melayan.

Dok pening fikir macam mana nak catch up progres anak, Tiba-tiba terjumpa dengan apps ni!

Apps ni bukan takat impian mak ayah yang concern. Tapi sangat membantu menjimatkan masa guru-guru dan pengusaha taska.

 

Sistem Pengurusan Tadika dan Taska
Rekod peribadi pelajar tadika dan taska

Tak payah dah nak create sistem susah-susah untuk manage hal-hal sekolah. Semua dah ada dalam apps Anak2u ni!

Pleaseeeelah langgan. Senang keje you all!

Nak cek perkembangan anak,
aktiviti di sekolah,
school announcement,
pembayaran yuran dan bil,
semua boleh dibuat dalam satu apps ni.
Nak ambil kedatangan pun, tick dalam apps ni je.

Tak payah dah nak pung pang pung pang di grup whatsapp.

 

Senarai semak perkembangan pelajar
Senarai semak kpsk dan permata

Yang paling saya fall in love, progres anak bukan takat akademik je. Ada checklist untuk kemahiran bertutur, kelakuan anak, perkembangan fizikal, penglihatan, pendengaran, semua ada.

Tak perlulah nak tunggu Hari Serahan Report Card baru kita nak tau, kan.

Cikgu-cikgu selalunya seram kalau dengar banyak benda baik parents dapat ni. Seram takut kerja mereka jadi banyak.

Tapi tak. Bila ada apps ni, laaaagilah memudahkan kerja & menjimatkan masa.

Apps ni baru je dibangunkan. Tapi dah 40 sekolah dah guna sistem apps ni. Dan hari ke hari, banyak lagi penambahan konten yang sedang mereka bangunkan.

Antara wajah utama di sebalik pembinaan apps ini adalah rakan satu sekolah suami saya, Wan Muzaffar. Bukan calang-calang beliau ni. Beliau dah ada experience bangunkan apps Astro On The Go, Air Asia & Firefly.

Ini bukan paid review ok. Ini kebaikan yang patut saya kongsi dengan kalian mak ayah dan pengusaha taska.

Dah tau ni, pakat-pakat share dengan cikgu anak-anak you all, ok!

Boleh lihat post asal di Facebook Puan Wawa Shauqi

This Post Has 4 Comments

  1. Bagaimana utk dapatkan aplikasi ini..

    1. Boleh hubungi kami melalui Facebook kami @anak2uofficial atau Whatsapp pun boleh.

      Kami akan sediakan akaun untuk tadika/taska Tuan Puan

  2. Assalamualaikum.
    Boleh pm 012 5713240 utk mengetahui tentang Aps ini… Tksh.

Leave a Reply

Close Menu