Perkembangan emosi kanak-kanak mengikut peringkat umur

Perkembangan emosi kanak-kanak mengikut peringkat umur

Semua individu akan melalui pelbagai peringkat perkembangan yang bersiri dari hari pertama dilahirkan sehingga dewasa. Pada setiap peringkat terdapat pelbagai krisis yang akan dihadapi sebelum boleh berkembang ke peringkat yang seterusnya. Jika krisis tersebut tidak dapat ditangani dengan baik, maka mereka akan mengalami kesukaran untuk mengatasi dan menangani krisis pada peringkat yang seterusnya. Emosi kegembiraan, kemarahan, kerisauan, dan tindak balas emosi yang lain memfokuskan kepada tumpuan kanak-kanak terhadap aspek penting dalam kehidupan mereka serta membantu mereka untuk mengembangkan idea, matlamat dan perancangan yang baru.

Pada tempoh awal usia kanak-kanak, ia merupakan tempoh yang paling penting kerena mereka akan mempelajari dan mengenal pasti tentang emosi-emosi pada setiap manusia. Perkembangan ini bergantung kepada orang dewasa terutamanya ibubapa untuk memenuhi keperluan fizikal dan emosi. Peringkat ini juga akan mempengaruhi perkembangan kanak-kanak melalui pengalamannya. Kanak-kanak akan dapat mengenal pasti setiap emosi yang dibuat-buat dengan mudah. Mereka juga akan mengalami perkembangan kognitif dan kemahiran sosial yang semakin cekap yang dapat mengelakkan situasi yang boleh mendatangkan emosi yang negatif atau mengekalkan emosi yang menyenangkan.

Pada peringkat pertengahan pula, konsep kanak-kanak ini akan mula bertambah dengan mula mengetahui apa yang disebut. Kanak-kanak ini juga akan meningkatkan kemahiran untuk berdikari contohnya dari segi belajar berjalan, bercakap, makan dengan sendiri. Selain itu, mereka juga akan membina konsep kendiri melalui mengawal pergerakan motor kasar. Dalam masa yang sama, mereka juga berkebolehan untuk membezakan tingkah laku yang betul atau salah. Kanak-kanak ini juga akan merasa takut untuk melakukan kesalahan tetapi tingkah laku yang positif dan diingini juga patut diberi pujian. 

Pada peringkat akhir pula kanak-kanak akan bertambah kompleks dan akan melakukan pelbagai tuntutan. Tetapi, sesetengah daripada mereka akan dapat dan berjaya menangani situasi-situasi yang mencabar, dan terdapat juga kanak-kanak yang akan tewas dan akhirnya akan membawa kepada tingkah laku yang negatif seperti tekanan, ketakutan dan kebimbangan. Oleh itu, pada peringkat yang seterusnya kanak-kanak akan lebih memahami dan mudah untuk menangani tekanan berbanding dengan peringkat awal kanak-kanak.

Kesimpulannya, kanak-kanak digalakkan untuk menjelajah dan melakukan aktiviti untuk mendapatkan kepuasan emosi. Kanak-kanak dilahirkan dengan pelbagai sifat yang unik dan berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Cara menggalakkan perkembangan ialah meminta mereka untuk meneka emosi serta membincangkan pengalaman emosi dalam sesuatu watak serta menggalakkan mereka mengekspresikan perasaan mereka. Dengan cara ini juga dapat membantu dan memberi keselesaan kepada mereka ketika emosi mereka tidak stabil dan dapat menjadi contoh kepada mereka dengan cara yang bijak apabila berhadapan dengan emosi yang negatif.

Leave a Reply

Close Menu
Bitnami